suria

Bersenam dan hubungan seks, yang mana lebih menyihatkan?

Ramai menganggap melakukan seks memberikan manfaat sama dengan bersukan. Foto SHUTTERSTOCK

"SEX is a better exercise.”

Kaum wanita mesti pernah dengar ungkapan tersebut kan? Ia secara amnya menyatakan bahawa melakukan hubungan seks lebih baik berbanding melakukan senaman atau bersukan. Betul ke?

Berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh New England Journal of Medicine, hubungan seks yang rata-ratanya akan selesai dalam tempoh 6 minit hanya membakar 21 kalori dalam tubuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Makanan pedas boleh bantu sembuhkan demam? Cuba 5 lagi cara ini

Ini berbeza dengan bersukan atau melakukan senaman yang mampu membakar lebih 100 hingga 300 kalori dalam satu sesi.

“Melakukan hubungan seks memang membakar kalori yang cukup banyak jika dibandingkan dengan kita yang tidak melakukan sebarang aktiviti. Tapi jika dibandingkan dengan bersenam, tentu jauh sekali bezanya,” kata Dr Sophia Hage ketika ditemui dalam majlis pelancaran Fits.ID di Greenhouse Coworking Office Space, Kuningan, Jakarta, baru-baru ini.

Selain itu, Dr Sophia juga berkata melakukan hubungan seks tidak dapat menghasilkan beberapa hormon penting lain yang hanya dapat dihasilkan tubuh ketika kita bersenam.

“Ada hormon penting yang hanya dikeluarkan tubuh ketika kita bersukan atau bersenam. Misalnya hormon adrenalin dan hormon pertumbuhan yang dapat membantu kita melakukan self-recovery atau proses regenerasi sel-sel dalam tubuh.

"Selain itu, proses anti-aging juga tidak boleh berlaku ketika kita melakukan hubungan seks,” jelas Dr Sophia.

Bagaimanapun, bersukan dan seks dapat menghasilkan hormon endorphin atau hormon kebahagiaan. Kedua-dua aktiviti ini dapat membuatkan tubuh menjadi lebih rileks dan mengurangkan stres.

Namun ia tidak bererti seks dapat membuatkan anda menjadi lebih segar secara fizikal, apatah lagi menurunkan berat badan.

Dr Sophia juga menambah bahawa otot-otot yang digunakan ketika melakukan hubungan seks juga tidak sebanyak kita bersenam.

Jadi secara tidak langsung, seks tidak dapat membantu kita mengencangkan atau mengurangkan massa otot tubuh, oleh itu, teruskan bersenam walaupun aktif melakukan hubungan seks ya, ladies. -Kumparan

seks, bersenam, bersukan, kalori

Artikel Berkaitan

Artikel Lain