suria

Khasiat berlipat ganda dorong 2 bilion penduduk dunia makan serangga - Penyelidik

Ramai mungkin menganggap cengkerik serangga menggelikan untuk dimakan namun ia mempunyai khasiat cukup tinggi.

MUNGKIN ia sesuatu yang menjengkelkan, tetapi jangan terkejut kerana amalan memakan cengkerik mampu memberi khasiat kesihatan yang berlipat ganda.

Kajian yang dijalankan Universiti Teramo di Itali menunjukkan serangga itu mempunyai antioksidan lima kali lebih tinggi berbanding jus oren.

Jadi, sudah tentunya ia sesuai diminum pada waktu pagi bagi menggantikan jus berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Beri biru dan tomato baik untuk mencegah kanser prostat dalam kalangan kaum lelaki

Selain itu, kajian sama juga mendapati semut hitam, ulat makanan dan belakang juga memiliki tahap antioksidan poliphenol terutama selepas diproses untuk menghasilkan ekstrak larutan air.

Cengkerik mempunyai antioksidan lima kali lebih tinggi berbanding jus oren.

Bagaimanapun, universiti berkenaan tidak berhenti setakat itu, penyelidikan itu juga memberi tumpuan untuk memfokuskan aspek komersial melibatkan serangga yang boleh dimakan.

Susulan itu, didapati ulat sutera dan lemak daripada ulat beluncas Afrika mempunyai tahap antioksidan dua kali ganda berbanding minyak zaitun.

Antioksidan dalam makanan penting untuk melindungi sel daripada radikal yang memainkan peranan dalam penyakit jantung dan kanser.

Penyelidik juga memutuskan untuk mengkaji lebih mendalam selepas mendapati peningkatan dalam amalan memakan serangga dan ulat di mana ia antara kaedah untuk mengurangkan karbon daripada pengambilan makanan berasaskan haiwan.

Profesor Mauro Serafini yang mengetuai pasukan yang menjalankan kajian itu berkata, sekurang-kurangnya dua bilion manusia atau bersamaan suku populasi dunia memakan serangga.

"Mungkin ramai lagi perlu digalakkan untuk memulakan amalan ini kerana serangga yang boleh dimakan mempunyai sumber protein yang baik, lemak asid, mineral, vitamin dan juga serat.

"Bagaimanapun, hingga sekarang tiada pihak yang membandingkannya dengan pengambilan sumber makanan klasik seperti minyak zaitun dan jus oren dalam aspek antioksidan," katanya.

Susulan itu, katanya, pada masa depan mungkin boleh diusahakan penternakan serangga untuk menambah kandungan antioksidan untuk pengambilan manusia dan haiwan. metro.co.uk 

cengkerik, antioksidan, Serafini

Artikel Lain