suria

[V] Lewat masuk saf solat jemaah, perlu ke 'pecut' baca al-Fatihah sampai habis? Ini penjelasan untuk makmum masbuk

Ramai keliru sama ada makmum masbuk wajib menghabiskan bacaan surah al-Fatihah atau sebaliknya.

KESIBUKAN tugas harian membuatkan segelintir umat Islam terburu-buru ketika melakukan solat.

Namun masih ramai yang berusaha menunaikannya secara berjemaah meskipun tidak sempat bersama-sama imam dari awal takbiratulihram.

Lazimnya kebanyakan mereka berusaha dan terburu-buru menghabiskan bacaan surah al-Fatihah ketika imam sudah mula rukuk kerana mengetahui bacaan itu wajib dalam solat.

Bagi yang masih keliru dan was-was sama ada anda perlu menghabiskan bacaan al-Fatihah atau sebaliknya, ini penjelasan daripada Geng MKN berhubung makmum masbuk.

Untuk pengetahuan, makmum masbuk ialah makmum yang tidak ada masa yang cukup untuk menghabiskan bacaan surah al-Fatihah sebelum imam rukuk.

"Dalam kitab Qaul Tam Fi Ahkam Makmum Al-Imam mengatakan, makmum masbuk tidak wajib menghabiskan bacaan al-Fatihah.

"Ini kerana, bacaan itu ditanggung oleh imam, oleh itu, jika tidak sempat menghabiskan surah... makmum hanya perlu terus rukuk bersama imam," jelas Geng MKN di laman TikTok.

Menurutnya lagi, selagi seorang makmum itu sempat rukuk dalam keadaan tamakninah (berhenti seketika) bersama dengan imam, maka rakaat tersebut dikira sah.

Artikel Lain