IBADAH korban merupakan salah satu amalan sunat yang sangat dianjurkan dalam Islam.
Namun, tidak mustahil berlakunya salah faham tentang ibadah itu memandangkan ia hanya dilakukan pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyri sahaja.
Berikut merupakan tujuh salah faham lazim ketika ibadah korban:
1. Anggap memadai sekali seumur hidup
Menurut laman sesawang Amal Qurban, ibadah korban yang dibuat setiap tahun dapat menggugurkan dosa-dosa kita setiap kali ia dilaksanakan.
Ia diibaratkan seperti mengambil wuduk ketika waktu solat yang baru masuk sedangkan ketika itu kita masih berada dalam keadaan berwuduk lagi.
Maka, tatkala itu juga gugur dosa-dosa kecil kita dengan gugurnya air wuduk baharu itu.
2. Akikah atau korban dulu?
Jika akikah belum dibuat, maka ibadah korban tidak boleh dilakukan. Pendapat ini tidak betul sama sekali.
Tiada syarat menyatakan seseorang itu tidak boleh melakukan ibadah korban sekiranya dia belum melaksanakan akikah untuk dirinya.
Sebenarnya umat Islam boleh melakukan ibadah korban walaupun belum dilaksanakan akikah terhadap dirinya.
Tetapi jika berlaku pertembungan, maka dahulukanlah ibadah korban di waktu itu (Hari Raya Aidiladha).
Ini kerana ibadah korban mempunyai waktu-waktu tertentu untuk dilakukan dan berlainan untuk akikah yang boleh dilakukan bila-bila masa.
3. Binatang korban cacat
Antara ciri binatang yang tidak boleh dijadikan binatang korban:
- Sakit dan jelas kecacatannya
- Buta sebelah mata atau yang jelas kejulingan matanya
- Tempang
- Gemuk yang tidak bersum-sum (gemuk berkaki kontot/tidak normal)
Banyak menu berasaskan daging lembu menjadi sajian ketika Hari Raya Aidiladha. -Gambar hiasan
4. Korban luar negara lebih afdal?
Melaksanakan korban di negara sendiri adalah sangat baik sebenarnya.
Namun, ada luar negara yang dimaksudkan itu negara majoriti Muslim yang penduduknya hidup serba kekurangan, maka ibadah korban di luar negara itu adalah lebih afdal sebenarnya.
5. Mengasari haiwan
Haiwan korban yang hendak disembelih itu hendaklah ditumbangkan dengan kadar sakit yang minimum oleh orang sekeliling.
Jangan terburu-buru terus menyembelih haiwan itu setelah ditumbangkan.
Tenangkanlah ia terlebih dahulu, barulah mula menyembelih.
6. Mengabaikan sunnah Nabi
Antaranya ialah:
- Menggunakan pisau yang tidak tajam
- Menunjuk-nunjuk mata pisau di hadapan binatang korban
- Menyembelih di hadapan binatang korban yang lain
- Tidak menghadap kiblat dan tidak mengiringi waktu sembelih itu dengan takbir
- Tidak berdoa semasa sembelihan