suria

Duit pelaburan masih banyak, individu niat nak sedekah selepas ‘cuci tangan’ main Forex... ini penjelasan mufti

Hukum menjalankan trading Forex untuk tujuan bersedekah adalah haram.

NIAT tak menghalalkan cara.

Begitulah yang dapat disimpulkan mengenai hasrat seorang individu yang mahu bersedekah kepada golongan fakir miskin menggunakan duit pelaburan Forex.

Individu itu bagaimanapun mendapatkan pandangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan terlebih dahulu sebelum meneruskan usaha murninya untuk membantu golongan yang memerlukan.

"Saya ingin bertanya hukum jika saya berniat untuk bersedekah menggunakan sumber daripada Trading Forex Online. Sebagaimana kita maklum, hukum Trading Forex adalah haram dan saya telah meninggalkan kerja ini sekian lama setelah hukumnya telah diwartakan di Malaysia.

"Namun, saya berfikiran bahawa adalah suatu kerugian jika kebolehan saya untuk memperoleh sumber kewangan daripada Forex Trading yang agak banyak tidak dimanfaatkan kepada fakir miskin di sekitar kawasan kediaman dan negeri saya.

"Jadi terlebih dahulu saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak tuan berkenaan hukum untuk niat saya ini," ujarnya.

Ringkasan jawapan

Menurut laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menjalankan trading Forex untuk tujuan bersedekah adalah haram.

addin2

Bagi mencapai suatu tujuan yang baik hendaklah ia diperoleh melalui jalan yang dibenarkan syarak. -Gambar Hiasan

Ini kerana kaedah syarak yang mengharuskan melakukan perkara yang diharamkan hanyalah terpakai dalam situasi yang memang betul-betul mendesak sehingga tiada cara melainkan perlu melakukan perkara yang haram.

Sedangkan dalam situasi di atas, bersedekah secara umumnya masih belum mencapai tahap darurat.

Pada masa yang sama masih ada wasilah halal yang lain untuk memperoleh wang seperti pelaburan saham, crowdfunding (sumbangan dana awam), dan lain-lain.

Huraian jawapan

Pertamanya, perdagangan matawang (Forex) mempunyai pelbagai gambaran dan bentuk. Tulisan ini memfokuskan pada bentuk Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) melalui platfom elektronik yang sudah difatwakan haram dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98.

ARTIKEL BERKAITAN: Buatlah persediaan ‘masuk kubur’ dengan amalan sedekah jariah

Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (Forex) oleh individu secara lani (individual spot Forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara.

Seterusnya, bagi mencapai suatu tujuan yang baik hendaklah diperoleh melalui jalan yang dibenarkan Syarak semampu yang mungkin.

Slogan “niat menghalalkan cara” tidak boleh difahami secara mutlak untuk setiap keadaan, sebaliknya slogan tersebut hanya terpakai jika memenuhi dua syarat utama:

Pertama: Hendaklah niat atau objektif yang ingin dicapai diiktiraf oleh syarak. Contohnya, niat menyelamatkan diri daripada kebinasaan dan kematian.

(BRIEF CAPTION) Homeless people at the Komtar bus terminal duirng the third day of the Movement Control Order (MCO) in George Town,Penang. Pic by: ZHAFARAN NASIB/The Star/ 20 March 2020

Sedekah perlu dibuat menggunakan sumber yang baik.

Kedua: Sekiranya bagi mencapai objektif yang diiktiraf syarak tersebut mengkehendaki seseorang perlu menempuhi wasilah yang haram, hendaklah dia memastikan bahawa mudarat wasilah haram tersebut lebih rendah kesannya berbanding objektif yang ingin dicapai, bukanlah setara apatah lagi lebih teruk. Contohnya, seseorang makan khinzir di saat dirinya hampir mati sedangkan makanan halal lain masih ada.

Sehubungan dengan itu, sekiranya dua syarat di atas tidak dipenuhi seperti kesan mudarat wasilah haram lebih besar berbanding objektif yang ingin dicapai, maka wasilah tersebut haram digunakan bersandarkan kepada kaedah Fiqh menyebut:

Banyak sekali nas yang menegaskan tentang tuntutan meninggalkan segala yang dilarang oleh syarak, antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Apabila aku melarangmu membuat sesuatu perkara maka jauhilah (kesemuanya). Apabila aku memerintahmu lakukan sesuatu perkara, maka lakukanlah semampu yang kalian boleh buat. [Riwayat al-Bukhari]

Bertitik tolak daripada kaedah ini, tujuan bersedekah merupakan suatu tindakan yang baik dan sangat mulia. Namun, sekiranya sumber kewangan sedekah tersebut diperoleh daripada cara yang haram seperti Forex, maka dalam hal ini Syarak melarangnya.

Alasan larangan ini juga berpandukan hujah bahawa kaedah Syarak yang mengharuskan melakukan perkara yang diharamkan hanyalah terpakai dalam situasi yang memaksa dan mendesak sehingga tiada cara atau wasilah melainkan melakukan perkara yang haram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain