suria

Trauma diraba guru memandu, sampai sekarang gadis ini takut nak ambil lesen… Dulu naif tak tahu salah!

KEJADIAN gangguan seksual di sekolah memandu sewaktu berumur 18 tahun membuatkan Azida trauma untuk menghabiskan ujian memandunya.

Gara-gara insiden itu, Azida Azmi, 23, berkata dia trauma untuk mengambil lesen memandu dan rela menggunakan perkhidmatan awam.

"Saya berjanji dekat diri sendiri saya tidak akan mengambil lesen sampai saya mati. Saya cakap sendiri dekat mak ayah saya yang saya tidak akan ambil lesen.

"Saya janji dekat mak ayah saya akan belajar bersungguh-sungguh supaya dapat kerja baik dan gaji banyak untuk ada personal driver atau naik grab dan perkhidmatan awam.

"Jadi trauma itu adalah satu effect yang sangat besar dalam hidup saya. Di mana saya tidak berani nak naik kereta even dengan kawan sendiri, katanya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi