suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai takut nak makan, risau penyakit! Tallow lebih 'sihat' daripada perasa tiruan, jadikan masakan enak

Pengguna Facebook berkongsi tentang kegunaan tallow dalam masakan. -Gambar hiasan

PERNAHKAH anda dengar tentang tallow?

Tallow merupakan lemak haiwan yang biasanya diperoleh daripada lembu atau biri-biri. 

Ia dihasilkan dengan cara memanaskan lemak mentah sehingga menjadi cecair dan kemudiannya disejukkan sehingga mengeras.

Di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Sakinah Hamid turut berkongsi mengenai tallow yang dihasilkannya sendiri.

"Lemak sup semalam dah jadi tallow. Boleh asingkan dan simpan untuk guna masak sayur nanti. Penyedap rasa semulajadi. 

"Lemak baik yang ada manfaat untuk kesihatan. Bukan nak makan semua tu sekali gus. Bukan makan seorang diri. Guna sikit-sikit setiap kali masak.

"Benda macam ni memang kita nampak bahaya. Tapi penambah perasa tiruan buat dalam paket cantik-cantik kita rasa selamat pula. 

ARTIKEL BERKAITAN: Sedap makan daging korban, ramai terlupa tentang kolesterol... Pesakit jantung kena 'ekstra' beringat!

"Kalau nak tahan lama letak kat beku, saya pakai sebulan, letak chiller je senang nak guna," tulisnya.

Di ruangan komen, beberapa individu berkongsi yang mereka turut menggunakan kaedah sama dalam masakan.

"Saya pun selalu simpan lemak-lemak ni buat goreng sayur.

"Arwah tokwan saya dulu, bila lemak tu dah keras, dia gantung guna tali. Bila makan nasi, dia ambillah sikit-sikit gaul dengan nasi panas.

"Bagus simpan lemak ni. Bila nak menumis, mak-mak ambil sikit buat minyak. Gunalah dengan kuantiti ala kadar.

"Dulu masa kecil arwah mak buat goreng nasi, sedap," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain