TEMPE merupakan hidangan popular bagi masyarakat nusantara terutama masyarakat Jawa.Kebiasannya ia digoreng rangup mahupun dijadikan sambal berlada. Menerusi perkongsian di laman TikTok, seorang pelayar berkongsi hidangan khas sekiranya tempe yang dibeli telah dibiar lama sehingga hampir busuk.Bukan sahaja menyelerakan, malah bau masam yang melekat pada tempe yang hampir rosak ini, tidak lagi dirasai.Bahan-bahan:250 gram tempe100 gram daun selasih1 biji telur1 biji tomato3 biji cili merah8 biji cili padi5 biji bawang merah kecil5 ulas bawang putih1/2 sudu kecil serbuk ketumbar1 genggam ikan bilisSedikit serbuk kunyitGaram secukup rasaDaun pisang untuk bungkusCara penyediaan:1. Rebus tempe sehingga air rebusannya menjadi keruh.2. Tumbuk halus kesemua bahan kecuali tempe. Ketepikan.3. Kemudian tumbuk kasar tempe yang telah direbus.4. Campurkan telur, daun selasih, tomato yang dipotong dadu, ikan bilis, cili padi dan bahan tumbuk. Gaul sebati.5. Masukkan pes yang terhasil ke dalam daun pisang dan bungkus kemas.6. Panaskan pengukus dan masukkan bungkusan pes selama 20 minit atau sehingga masak.