suria

Ini sukatan, cara masak nasi beras basmathi untuk rumah terbuka... Lembut, tekstur pun cantik

Beras basmathi sentiasa menjadi pilihan mereka yang ingin menganjurkan rumah terbuka.

MAJLIS rumah terbuka menjadi satu kemestian di bulan Syawal.

Selain hidangan istimewa seperti ketupat, rendang dan lemang, kebanyakan tuan rumah juga gemar menyajikan juadah nasi sebagai menu utama. 

Kebiasaannya beras basmathi menjadi pilihan ramai kerana tekstur yang lebih panjang dan mengenyangkan. 

Bagi anda yang masih mencari-cari cara terbaik untuk memasak nasi menggunakan beras tersebut, cubalah ikuti tip yang dikongsikan halaman Facebook Viral Johor ini. 

Bukan sahaja butiran nasi berderai dan lembut, anda juga tidak perlu bimbang memikirkan masalah nasi tidak masak sekata. 

Cara-cara:

1. Basuh beras sehingga bersih. 

2. Kemudian rendam selama 20 minit dalam air yang dicampur dengan sedikit garam. 

3. Pastikan alat sukat yang sama digunakan untuk menyukat air, iaitu satu cawan beras bersamaan 1/2 cawan air dan 1/2 cawan susu atau santan. (Mengikut nasi yang ingin dimasak)

4. Didihkan air terlebih dahulu dan masukkan beras. 

5. Sentiasa kacau beras semasa air masih banyak dan kurangkan kacau apabila air sedikit bagi mengelakkan beras patah. 

6. Tambahkan dua sudu 'butter' bagi memberikan rasa lebih enak dan kacau sekata. 

Tip: Bagi yang ingin mewarnakan nasi, tunggu sehingga air kering untuk titiskan pewarna. 

Kemudian biarkan sekata, barulah kacau.

Artikel Lain