suria

Jangan buang kulit tembikai, cuba buat tumis belacan... 'Padu' makan dengan nasi

Kulit tembikai tumis belacan antara hidangan menyelerakan di pagi raya.

TEMBIKAI merupakan buah pilihan bagi sesiapa sahaja yang menganjurkan rumah terbuka.

Maklumlah isinya yang manis dan berjus mampu membuka selera sesiapa sahaja selain menghilangkan dahaga.

Kebiasaannya tuan rumah akan membuang sahaja kulit tembikai kerana rasanya yang sedikit pahit dan keras.

Sempena Aidilfitri kali ini, apa kata anda manfaatkan kulit tembikai selepas menikmati isinya seperti yang dilakukan pelayar Facebook Sheila Abdul Hisham.

Selain membuat kerabu kulit tembikai, anda boleh sediakan hidangan kulit tembikai tumis belacan.

Bahan-bahan

Kulit tembikai

5 ulas cili api

1 inci belacan

3 sudu kecil garam

3 ulas bawang putih

Segenggam ikan bilis

1 cawan air 

2 sudu besar minyak masak

Cara penyediaan

1. Parut buang kulit luar tembikai.

2. Hiris menjadi kecil-kecil dan ramas dengan garam.

3. Kemudian basuh bersih serta toskan airnya. Letak tepi.

4. Tumbuk bawang putih bersama cili api, belacan dan ikan bilis. Ikan bilis melemakkan masakan.

5. Tumis bahan tumbuk sehingga pecah minyak dan masukkan air.

6. Masukkan tembikai dan kacau sekata.

7. Tutup seketika dan biar mendidih sehingga lembut. 

8. Masukkan bahan perasa dan sedia dihidang apabila kuah sedikit pekat.

Artikel Lain