suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Asyik kecut dan melekat! Rupanya ada cara nak dapatkan isi kerang montok dan bersinar... Barulah puas makan

Kerang rebus enak dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama air asam. -Foto FB CT Nazura Kitchen.

SALAH satu makanan laut kegemaran ramai adalah kerang.

Tidak perlu susah-susah dimasak dengan juadah yang renyah, cukup sekadar direbus dengan serai ketuk dan dicicah dengan air asam saja sudah cukup untuk membuka selera.

Tapi alangkah kecewanya apabila kerang yang dibeli besar-besar, akhirnya mengecut pula isinya.

ARTIKEL BERKAITAN: 6 cara mudah cuci kerang, guna kunyit paling disaran! Kulit bersih bebas selut, baru syok jamu selera

Usah runsing... kali ini mStar kongsikan tip untuk mendapatkan isi kerang yang cantik dan padat sebagaimana perkongsian CT Nazura Kitchen.

A plate of blood cockle, one of Kuala Sepetang's main seafood dish.

Kerang merupakan salah satu makanan laut kegemaran ramai. -Gambar hiasan

Berikut adalah tip yang dikongsikannya:

1. Basuh kerang bersih-bersih dan kemudian toskan

2. Ketuk dua batang serai, hiris halia dan tiga ulas bawang merah

3. Masukkan ketiga-tiga bahan tersebut ke dalam periuk yang berisi air. Pastikan air lebih sedikit supaya semua kerang tenggelam

4. Masak sampai mendidih dan masukkan garam

5. Akhir sekali masukkan kerang yang sudah dibersihkan dan biarkan mendidih seketika, kemudian baru kacau kerang dan tutup api

6. Tabur daun kunyit dan cili

Untuk tip tambahan, anda boleh sediakan ais batu dan dua sudu besar cuka di dalam bekas lain. Toskan kerang yang direbus sebentar tadi dan masukkan ke dalam bekas ais batu selama seminit.

Hasilnya, isi kerang rebus bukan sahaja mudah dikopek tapi montok dan berkilat. Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain