suria

Za si pengembara cantik suka travel backpacker... ‘Beginner’ boleh cuba 4 negara ini dulu, bawa RM1,000 pun dah cukup

Perjalanan Za secara backpacker di Indonesia.

KERAP kita dengar istilah 'backpacker' iaitu satu alternatif melancong yang lebih menjimatkan.

Seorang wanita yang mesra dikenali sebagai Za atau nama penuhnya Zahirah, 27, mempunyai pengalaman merantau ke hampir 10 negara dan tidak kekok mengaplikasikan konsep 'backpacker' dalam percutiannya.

"Apabila kita travel secara backpacker ini, keutamaan bukan lagi untuk bercuti dengan selesa tetapi untuk experience tempat yang kita melancong itu secara menyeluruh. Saya boleh simpulkan, backpacker adalah pengembara.

"Macam kalau saya bercuti secara backpacker, saya hanya akan bawa satu beg dan kemudian duduk dalam kalangan orang tempatan. Saya akan cuba dapatkan yang termurah dari segi penginapan dan sebagainya.

"Setakat beberapa negara yang saya dah pergi, saya boleh katakan New Zealand, Indonesia, Thailand dan India adalah antara negara yang mesra backpacker," kata Za kepada mStar.

Menurut Za, perbelanjaan untuk bercuti secara backpacker ke luar negara hanya memerlukan kos kurang dari RM1,000, tidak termasuk tiket penerbangan.

Za di Taj Mahal dan Kashmir, India.

Perjalanan Za secara backpacker di India dengan menaiki kereta api.

Percutian Zahirah secara 'backpacker' di Gunung Rinjani, Indonesia

Percutian Za secara 'backpacker' di Gunung Rinjani, Indonesia

Za mendaki Gunung Taranaki di New Zealand.

Perjalanan Za secara backpacker di New Zealand.

Percutian Za di Krabi, Thailand.

Ayuh kita ikuti beberapa tip yang dikongsikan Za khusus buat mereka yang mahu berjinak-jinak dengan percutian 'backpacker'.

1) Persediaan 'mindset'

Melancong secara backpacker jauh berbeza dengan percutian biasa. Tidak ada katil yang empuk, bilik dengan penyaman udara, tandas yang selesa, bufet hotel, pengangkutan yang teratur dan lain-lain lagi.

Anda harus bersiap sedia untuk menghadapi sebarang cabaran ketika menjelajah kawasan asing yang tidak diketahui keadaan tempatnya.

Jika anda mahukan percutian yang lancar dengan ketenangan minda, kemungkinan besar anda belum bersedia untuk percutian backpacker.

Walaupun terdapat liku-liku yang terpaksa dihadapi ketika kembara backpacker, perkara sedemikian sebenarnya menjadikan percutian anda lebih manis untuk dikenang kembali.

2) Ringankan mulut

Malu bertanya sesat jalan. Jika anda seorang introvert, percutian backpacker mungkin bukan untuk anda.

Berdasarkan pengalamannya, Za berkata seseorang yang ingin melancong secara backpacker perlu rajin bersosial dan membuat kenalan baharu.

Backpacker mempunyai komuniti tersendiri di setiap negara seluruh dunia. Anda boleh mencari mereka di media sosial seperti Facebook dan blog.

Sebelum memulakan perjalanan, berbual dengan mereka untuk mendapatkan gambaran kasar dan maklumat penting tentang negara yang anda ingin bercuti.

Rakan anda dari komuniti backpacker akan berkembang dengan setiap percutian. Bermula dari situ anda boleh mula merancang untuk berjalan secara berkumpulan, lebih seronok!

3) Keselamatan

Tidak dapat dinafikan, setiap negara yang dilawati pasti mempunyai segelintir yang berniat serong atau tidak baik.

Ke mana sahaja anda pergi ketika melancong secara backpacker, pastikan anda maklumkan tentang keberadaan anda kepada ahli keluarga atau rakan di Malaysia.

Khususnya jika anda seorang wanita, sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling dan bahasa tubuh (body language) mereka yang berada berhampiran anda.

Turut menjadi kewajipan adalah research dengan membaca reviu di laman sesawang atau media sosial, anda boleh menggelakkan diri daripada memasuki kawasan berisiko tinggi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain