suria

Pakai topeng, kemudian takutkan bayi sampai menangis! Ini 5 festival paling unik dan aneh di dunia

Festival Lompat Bayi (El Colacho) di Sepanyol. -Gambar National Geographic

DENGAN populasi global melebihi lapan bilion pada ketika ini, sudah pasti terdapat banyak adat dan budaya yang diamalkan sejak zaman nenek moyang.

Kepelbagaian inilah yang menjadikan sesuatu masyarakat itu unik dan lain daripada yang lain.

Sebut mengenai unik, tahukah anda, terdapat pelbagai festival atau perayaan aneh serta luar biasa yang diraikan di seluruh dunia?

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik tapi benar! Ada 5 lokasi di dunia tak boleh dijejaki oleh orang perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: 15 pulau paling pelik di dunia

Untuk segmen travel kali ini, mStar kongsikan lima festival yang dianggap antara yang paling aneh di dunia:

1) Festival El Colacho (Lompat bayi)

baby 2

Perayaan yang berasal dari Castrillo de Murcia, Sepanyol ini bermula sejak 1620an dan berlangsung setahun sekali pada Jun. Asal-usulnya tidak jelas, tetapi sesetengah ahli sejarah percaya ia mungkin bermula sebagai ritual kesuburan.

Sewaktu festival tersebut, beberapa lelaki berperwatakan 'syaitan' yang berpakaian tradisional berwarna kuning dan merah akan menakutkan penonton sebelum berlari dan melompat di atas bayi-bayi yang telah dibaringkan di atas tilam.

Seolah-olah acara pembaptisan, dipercayai bahawa 'syaitan' menyerap dosa-dosa bayi, dan memberi mereka perlindungan daripada penyakit dan kemalangan.

2) Festival El Tomatina

tomatina FB

Festival ini merupakan pertarungan makanan yang diadakan di pekan kecil bernama Bunol, Sepanyol. Ia berlangsung pada hari Rabu terakhir bulan Ogos setiap tahun.

Beribu-ribu orang berkunjung dari segenap pelusuk dunia untuk mengambil bahagian dalam 'pertarungan makanan terbesar dunia' ini, di mana lebih 100 tan metrik tomato yang masak ranum dibuang di jalanan.

3) Festival Lumpur Boryeong

mud

Festival Lumpur atau Mud Festival yang berasal dari Korea Selatan ini diselenggarakan setiap tahun oleh masyarakat di pekan Boryeong atau lebih dikenali sebagai Daecheon.

Kota kecil ini terletak di wilayah Chungcheong Selatan, Korea Selatan. Sewaktu festival, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan pengunjung termasuk urutan lumpur, mandi lumpur dan lain-lain lagi.

4) Festival Bayi Menangis Nakizumo

baby 3

Ia adalah pertandingan melibatkan bayi di mana pemenangnya adalah bayi yang pertama menangis. Bayi-bayi yang mengambil bahagian akan dibawa oleh ahli sumo, dan kemudian pengadil akan masuk ke gelanggang dengan memakai topeng menyerupai syaitan untuk menakutkan bayi tersebut sehingga menangis.

Sekiranya bayi-bayi menangis pada masa yang sama, bayi yang meraung lebih kuat akan dinobatkan sebagai pemenang. Ibu bapa percaya, bayi yang menangis akan membesar dengan kuat dan sihat. Perayaan ini juga bertujuan untuk menghalau roh jahat.

5) Festival Tinku

tinku

Diadakan pada Mei setiap tahun, festival ini merupakan pertarungan tradisional oleh penduduk Bolivia di kawasan Andes.

Selama beribu-ribu tahun orang asli telah memuja Dewa Pachamama. Oleh itu setiap tahun, pada awal Mei, Dewi Pachamama menuntut pengorbanan darah manusia untuk kesuburan hasil tuaian.

Setiap titisan darah dilihat sebagai pengorbanan untuk tuaian yang akan datang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain