suria

Dah lama impi, sampai jua akhirnya! Wanita kongsi info berguna travel DIY ke Jepun

Kekde berkongsi pengalamannya ketika bercuti di Jepun bersama adik dan seorang rakannya, baru-baru ini.

JIKA sebelum ini hanya mampu melihat di televisyen, akhirnya gadis bernama Rosfadilla Nur Rosli ini berjaya menjejakkan kaki ke Jepun.

"Untuk percutian baru-baru ini, saya pergi ke Jepun untuk merealisasikan impian sejak kecil. Selain itu, saya nak merasai pengalaman budaya dan gaya hidup masyarakat negara tersebut," ujarnya kepada mStar.

Bersama adik dan seorang lagi rakannya, Rosfadilla atau lebih dikenali sebagai Kekde menjelajah ke negara matahari terbit tersebut selama sembilan hari.

pic 6

Berhadapan pintu masuk Super Nintendo World di USJ.

pic 2

Di fushimi Inari Shrine

pic 4

Shopping di area Dotonburi.

pic 5

Di Osaka Kaiyukan Aquarium, Osaka

pic 3

Di train dari airport menuju ke hotel di Shin-imamiya

pic 7

Di Tempozan Ferris Wheel melihat bandar Osaka pada waktu malam.

Buat tatapan pembaca mStar, Kekde turut berkongsi pelbagai info dan tip sepanjang lawatannya ke Jepun, sebagai panduan buat anda yang ingin merancang percutian ke lokasi yang sama:

Destinasi: Jepun (Osaka, Nara, Kobe dan Kyoto)

Tempoh percutian: 9 hari 8 malam

Bilangan: 3 orang

Persediaan sebelum berangkat:

- Negara Jepun tidak perlukan visa, cukup sekadar isi form di website Visit Japan

- Sediakan itinerari dan pastikan tahu musim apa yang sedang ada di Jepun. Macam saya, pergi pada musim sejuk jadi memang sediakan segala kelengkapan untuk musim sejuk seperti hotpack, jaket, bennie dan ear muff

- Aktiviti di Jepun mengikut musim, jadi buat research berkenaan aktiviti yang nak dibuat (Contohnya: Sagano Scenic Railway tutup pada musim sejuk)

- Bersenam dahulu sebelum trip ke Jepun, untuk biasakan diri jalan kaki dengan kadar jauh (purata langkah di Jepun 15 ribu)

- Pilih hotel yang berdekatan dengan stesen pengangkutan awam supaya memudahkan perjalanan. Jika duduk di Osaka, pilih Shin Imamiya atau Namba sebagai lokasi hotel.

- Proper reservation untuk restoran di Jepun memandangkan kedai mereka sangat kecil, jadi kalau bawa kelompok yang besar memang perlukan reservation

- Aktifkan kad bank atau guna Bigpay atau wise card untuk memudahkan perbelanjaan andai kata tidak cukup duit cash. (Tukar cash lebih awal di Malaysia, currency lebih rendah dan most tempat perlukan cash berbanding kad)

ARTIKEL BERKAITAN: Dua minggu di AS, wanita ini puas hati teroka LA, Portland dan San Francisco... Tip yang dikongsikan sesuai untuk ’newbie’

Aktiviti yang dilakukan

- Melawat Umeda Sky Building (Boleh nampak permandangan Osaka dari atas)

- Pergi ke Osaka Aquarium Kaiyukan (disyorkan), boleh nampak sea whale, sea gull, dolphin, penguin dengan jarak dekat, pelbagai ikan

- Universal Studio Japan (lokasi idaman sejak kanak-kanak), kami ambil express pass untuk merasa semua ride di sini.

- Meneroka Nara City, perjalanan satu jam dari Osaka City, penuh rusa berkeliaran di area park. Di sini kami ke Kofuku-ji Temple, Higashimuki Shopping Street, Nara Deer Park dan rasa dan lihat demonstrasi pembuatan mochi traditional di Nakatanidou

- Kyoto, satu jam juga perjalanan dari Osaka, kami pergi Fushimi Inari-Taisha, ke Gion Sistrict untuk melihat seni binaan tradisional rumah kayu yang melambangkan identiti Jepun

- Ke Mount Rokko Snow Park di Kobe untuk bermain ski dan merasai salji! Perjalanan agak jauh dari Osaka tetapi ia pengalaman yang tidak dpt dilupakan!

- Membeli-belah di Shinsaibashi-suji Street, banyak cenderamata, barang-barang terkenal dan barang limited hanya dijual di Osaka.

Makanan atau restoran halal yang direkomen

- Kami tidak masak, tetapi tip untuk rakyat Malaysia boleh bawa ready-to-eat meal dari Malaysia, mi segera

- Antara restoran halal di Osaka adalah Ayam-ya Halal Ramen Dotonburi branch, Halal Ramen Honolu Osaka Namba, Zerohachi Yakiniki Restaurant OCAT, Wagyu Yakiniku Pangan, Susuruka Susuranka.

Tip: Ambil kad halal di Daikoku Locker, Osaka. Orang

Tip and tricks

- Perjalanan kami banyak dibantu dengan info di group Facebook Road to Japan. Boleh check group untuk tahu perkembangan semasa di Jepun

- Download dahulu apps perjalanan yang memudahkan (Contohnya: Google Map, Rome2rio) dan download juga apps Halal Japan untuk tahu status halal barangan di 7E/Family Mart/Lawson.

Pengalaman paling manis

- Orang di sana semua peramah, baik, sopan dan sangat mengalu-alukan pelancong dari Malaysia. Pengalaman di USJ, rakan saya mengalami pening, mual dan staf di sana sangat caring, tanpa disuruh mereka offer air, kerusi dan offer kami ke Klinik untuk dirawat. Mereka bawanya ke restroom untuk berehat, semua mereka uruskan urusan kami hingga balik ke hotel semula.

- Pengalaman manis yang lain memang banyak sebab zaman sekolah, saya hanya mampu lihat vlog Youtubers ke Jepun. Alhamdullilah rezeki saya dapat jejak dan merasa sendiri pengalaman ke Jepun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain