suria

Pelik tapi benar! Ada 5 lokasi di dunia tak boleh dijejaki oleh orang perempuan

Walaupun perjuangan golongan aktivis tentang wujudnya segregasi (bezakan lelaki dan wanita) dibuat, tetapi masih wujud tempat-tempat seperti ini.

BUNYINYA agak pelik, tetapi ada beberapa bahagian di dunia tidak boleh dijejaki kaum wanita.

Ini kerana masih terdapat segelintir masyarakat yang berpegang kepada adat resam dan kepercayaan tradisional di kawasan tertentu.

Bagaimanapun sebahagian daripada kepercayaan ini tidak lagi terpakai dalam amalan harian, terutamanya pantang larang dan adat yang melibatkan perbezaan layanan antara lelaki dan wanita.

Berikut adalah beberapa kawasan di mana wanita dilarang memasuki atau mendekati kawasan tersebut.

Larang Perempuan

1. Lorong Herbertstrasse, Jerman

Walaupun bukan kerana adat atau kepercayaan tradisional, tempat ini mempunyai sejarahnya tersendiri.

Jalan Herbertstrasse di Jerman melarang wanita masuk kerana ia merupakan lorong kegiatan pelacuran.

Pada masa lalu, kerajaan Nazi Jerman memilih untuk mendirikan pagar untuk menyembunyikan aktiviti yang berlaku di bahagian dalamnya.

Uniknya, pagar ini masih didirikan walaupun sudah banyak kali diruntuhkan oleh gerakan-gerakan aktivis yang cuba menghalang pengeksploitasian wanita dan larangan untuk wanita masuk berjaya dikekalkan.

perempuan 2

2. Kuil Shabarimala, India

Kuil ini merupakan kuil Hindu yang terletak di Kerala, India.

Sejak tahun 1991, kuil ini telah menjadi zon terhad untuk wanita yang sedang dalam proses ovulasi.

Bagaimanapun, larangan itu berjaya dicabar oleh pertubuhan hak asasi manusia pada 2018.

Mahkamah India terpaksa mengisytiharkan bahawa semua penganut Hindu harus dibenarkan memasuki kuil tanpa mengira jantina.

Tetapi ini menyebabkan kontroversi besar kerana pada penghujung tahun 2019, kerajaan Kerala mengumumkan bahawa mereka akan melarang mana-mana wanita daripada memasuki kuil.

larang perempuan 3

3. Pulau Okinoshima, Jepun

Pulau di Jepun ini dianggap sebagai salah satu tempat suci masyarakat Jepun.

Okinoshima juga disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco, dan wanita dilarang memasuki pulau itu.

Bukan itu sahaja, hanya 200 orang sahaja dibenarkan memasuki pulau itu pada 27 Mei setiap tahun.

27 Mei merupakan upacara memperingati peperangan yang berlaku tidak jauh dari pulau tersebut.

Majlis tersebut memerlukan semua yang hadir berendam di pantai tanpa memakai tali.

Aktiviti berendam ini merupakan aktiviti yang wajib untuk menyucikan pelancong lelaki sebelum berjalan ke kawasan lain.

larang perempuan 4

4. Gunung Omine, Jepun

Tapak suci Gunung Omine, yang juga terletak di Jepun, telah menjadi salah satu tempat ibadat utama Shugendo, iaitu agama purba yang diamalkan oleh etnik minoriti di Jepun.

Selama lebih dari 1,300 tahun, hanya kumpulan lelaki dibenarkan mendaki gunung dan mencapai kuil yang dibina di atasnya.

Pada tahun 1872, kerajaan Jepun mengharamkan sebarang aktiviti kerana jantina menghalang mereka daripada memasuki tempat tertentu.

Namun, menariknya wanita di sini tidak menimbulkan kontroversi, malah menghormati tuntutan sami di sana, tidak seperti yang berlaku di Kuil Shabarimala.

.

5. Pergunungan Athos, Greece

Selama lebih 1,000 tahun, kawasan pergunungan ini sebenarnya dibuka untuk latihan sami.

Gunung Athos dipanggil "Agion Oros" di Greece, yang bermaksud gunung suci kawasan larangan untuk wanita.

Malah, haiwan betina juga dilarang menjejaki gunung tersebut.

Wanita juga dilarang menghampiri kawasan itu sejauh lebih kurang 500 meter sebelum disifatkan memasuki kawasan larangan.

Tradisi ini dikekalkan untuk memperingati kemunculan Perawan Maria di kawasan yang menukar kawasan itu menjadi doktrin Ortodoks Kristian, dan mereka akan memastikan bahawa hanya Mary adalah satu-satunya wanita yang menjejakkan kaki di kawasan itu.

Artikel Lain