suria

Dah boleh rentas negeri tapi masih bingung pilih destinasi percutian? Jom tinjau pulau dan resort indah di Malaysia ala-ala di Maldives

Maldives adalah negara tropika di Lautan Hindi yang berbentuk seperti cincin dan terdiri daripada 1,000 pulau karang.

SEPERTI kita sedia maklum bahawa rakyat di seluruh negara kini dibenarkan untuk merentas negeri, selain premis juga boleh beroperasi seperti biasa.

Lebih menggembirakan lagi ialah melancong dalam dan luar negara juga sudah dibenarkan dengan syarat mengutamakan SOP.

ARTIKEL BERKAITAN: Anda pentingkan percutian Go Green? Ini 8 hotel mesra alam sekitar yang boleh anda kunjungi

Jom kita tengok pulau serta resort yang menarik terdapat di Malaysia boleh kita pergi untuk melancong.

1. resort

1. Avani Sepang Resort

Bentuk unik seperti kelapa sawit, resort ini dibina di sepanjang pantai dan tentu sekali menjadi tarikan kepada pelancong

Memiliki lebih 315 bilik luas dengan empat jenis penginapan, resort ini menjanjikan tempat untuk melepaskan rindu terutama kepada sesiapa yang begitu menggemari suasana damai alam semula jadi.

2. resort

2. Lexis Hibiscus, Port Dickson

Popular dengan tarikan vila berbentuk bunga kebangsaan, Lexis memiliki lebih 600 vila dan suite merupakan tempat yang sesuai untuk berbulan madu.

Dihiasi dengan rekaan dalaman moden dan elegan pada setiap vila di resort ini, tarikan lainnya adalah kolam renang peribadi dan saunanya.

3. resort

3. Gem Island Resort & Spa, Terengganu

Pulau persendirian di resort ini sangat eksklusif serta romantik buat pasangan terutama sekali untuk tebus balik bulan madu yang tertangguh sebab kahwin pada musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tempoh lalu.

Memiliki kira-kira 45 vila menghadap ke arah laut, anda berpeluang merasai pengalaman untuk melihat secara dekat penyu naik ke darat untuk menetas telur di pulau tersebut.

4. resort

4. Gayana Marine Resort, Sabah

Menawarkan dua pakej keindahan semula jadi menakjubkan, anda boleh nikmati suasana itu dengan berada di atas laut dan menghadap pemandangan mempersonakan iaitu Gunung Kinabalu.

Dikelilingi hutan bakau dan laut luas, terdapat 52 vila tropika tersergam indah.

Malam penginapan anda di sini bakal ditemani dengan bunyi mendamaikan seperti hempasan ombak-ombak kecil yang cuma berada di bawah bilik anda.

Sipadan-Mabul-Resort-Malaysia

5. Mabul Water Bungalows

Siapa tidak kenal dengan resort terapung sangat cantik ini dengan kebiruan laut jernih.

Lebih daripada 16 buah banglo kayu dibina atas air, tidur malam anda akan lebih damai bertambah dingin kerana dibelai oleh angin laut yang sepoi-sepoi bahasa.

6. resort

6. Berjaya Resort Langkawi

Tarikan utama pelancongan jika anda ke Langkawi semestinya adalah menaiki kereta kabel yang boleh membawa anda ke Sky Bridge.

Suasana mendamaikan fikiran boleh dikecapi semasa berada di sini kerana chaletnya dikelilingi hutan hujan tropika.

7. resort

7. Dragon Inn Floating Resort, Semporna

Semporna Floating atau resort terapung yang cantik terletak di Negeri Bawah Bayu ini tidak asing lagi dengan kita.

Memiliki reka bentuk resort ilham daripada kampung air tradisional kaum Bajau kerana Semporna itu sendiri merupakan perkampungan bagi kumpulan etnik Bajau.

pangkor

8. Pangkor Laut Resort, Perak

Dinobatkan sebagai "One of The Top Resort In Asia" pada tahun 2017, Pangkor Laut Resort sudah tidak asing bagi rakyat Malaysia kerana telah dikenali mata dunia.

Ciri-ciri tradisional dikekalkan, malah resort ini mempunyai bilik sangat luas serta tampak eksklusif.

Landskap di kawasan luar bilik sangat cantik serta dilengkapi dengan pokok-pokok hijau dan diiringi dengan kicauan burung serta bunyi cengkerik.

11 resort

Bercuti akan lebih bermakna apabila pergi bersama kawan-kawan, keluarga mahupun pasangan anda.

Semua tempat peranginan ini sangat menarik untuk rakyat Malaysia kunjungi setelah kita 'berkurung' selama hampir dua tahun.

Tetapi perlu diingatkan bahawa SOP masih perlu dijaga walapun kita diberi peluang serta kelonggaran ini bagi mengelakkan penularan Covid-19.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain