suria

Jadikan hari anda ‘Best Day Ever!’ dengan bergembira sambil berkhemah di Sunway Lagoon, keselamatan pengunjung jadi keutamaan

(dari kiri) Pengarah Eksekutif Sunway Theme Park, Calvin Ho, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian ketika pelancaran pembukaan semula Sunway Lagoon.

TAMAN tema ikonik Malaysia Sunway Lagoon membuka semula pintu kepada pengunjung bermula hari ini (7 Oktober 2021) selepas ia ditutup sementara disebabkan pandemik Covid-19.

Pembukaan semula taman tema itu selaras dengan status Lembah Klang yang telah memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara pada 1 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suasana kampung, hamparan sawah padi jadi tumpuan ‘orang bandar’ di Anis Raudhah Homestay

Berita pembukaan semula Sunway Lagoon itu yang turut dimaklumkan menerusi Facebook turut mendapat sambutan luar biasa apabila ramai meninggalkan komen dengan menyatakan perasaan teruja untuk kembali semula ke taman tema tersebut.

DSC02125

Sunway Lagoon dibuka semula pada 7 Oktober 2021.

Bagi memastikan keselamatan pengunjung, Sunway Lagoon mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan mewajibkan para pengunjung untuk menunjukkan sijil vaksinasi lengkap mereka sebelum dibenarkan memasuki taman.

Kanak-kanak yang tidak diberikan vaksin harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah menerima dos vaksin sepenuhnya.

Topeng muka semestinya wajib dipakai semasa berada di dalam taman tema kecuali ketika sedang makan dan ketika berada di taman air atau gelongsor air.

Pengarah Eksekutif Taman Tema Sunway Lagoon, Sunway Lost World Of Tambun, Sunway Lost World Hotel dan Sunway Organic Gardens, Calvin Ho berkata, pihaknya teruja dengan pembukaan semula taman tema itu selain akan meningkatkan prosedur keselamatan.

Malah ketika Sunway Lagoon ditutup sebelum ini, pihaknya turut membuat pelbagai penambahbaikkan piawaian sedia ada bagi memastikan pengunjung dapat berseronok dalam keadaan selamat.

Camp Out Package

Pakej Camp Out! yang boleh dibeli pelanggan.

"Selain kerja sanitasi dan pembersihan yang kerap di tempat yang sering disentuh serta mengehadkan permainan dan tarikan tertentu, pondok awam yang digunakan untuk menempatkan kumpulan besar kini telah ditukarkan menjadi pondok kabana peribadi bagi keluarga yang mencari sedikit privasi di dalam taman seluas 88 ekar kami.

"Sunway Lagoon juga akan menurunkan kapasiti pengunjung sehingga 50 peratus dari jumlah kapasiti asal," katanya.

Sementara itu, bagi memastikan pengunjung dapat menghabiskan masa berkualiti bersama anak-anak di kawasan terbuka, Calvin memberitahu pihaknya turut memperkenalkan 'Camp Out! at Sunway Lagoon yang mana ia memberikan kesinambungan pengalaman Best Day Ever pengunjung dari pagi sehingga keesokan hari.

Sunway Lagoon dengan kerjasama Sunway Hotel (Sunway Pyramid Hotel dan Sunway Clio Hotel) juga telah melancarkan pakej penginapan dari RM588 sebagai sebahagian daripada tawaran di “Amazing Sunway City Kuala Lumpur”.

"Pembukaan semula Sunway Lagoon dan taman tema lain sangat penting bagi mendorong ekonomi tempatan dan negara. Perniagaan taman tema akan menguntungkan peruncit kecil, pengusaha pelancongan dan ejen pelancongan, pengendali bas serta pengangkutan awam dan banyak lagi yang membantu sektor pekerjaan dan ekonomi sekeliling yang sangat diperlukan dalam setiap lapisan masyarakat dalam komuniti kita dan sekitarnya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain