suria

Tawaran paling padu! TransNusa sedia ‘refund’ jika penumpang mahu batal tiket, nak tukar masa pun boleh... Tiada caj tersembunyi tau

PRNUSA (pix)

KADANGKALA percutian yang dirancang terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Apabila situasi seperti ini terjadi, perkara paling menyakitkan ialah apabila tiket penerbangan yang mahal terpaksa 'burn' begitu saja.

Jika anda sering mengalami senario seperti itu, pilihlah penerbangan bersama TransNusa apabila hendak ke Indonesia.

Pasti lebih berbaloi apabila bayaran tiket dapat dikembalikan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PT TransNusa Aviation Mandiri (TransNusa), Datuk Bernard Francis, syarikat itu menawarkan perkhidmatan yang menguntungkan pelanggan.

TransNusa lancar kempen Malaysia Madani.

Datuk Bernard Francis.

“Sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan premium di pasaran antarabangsa, kami menggunakan model perniagaan baharu dengan menawarkan produk serta perkhidmatan serupa yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan komersial sepenuhnya.

"Ia sekali gus mengatasi produk syarikat penerbangan tambang rendah,” jelas beliau.

TransNusa juga menawarkan beberapa kelebihan yang pastinya mengagumkan untuk para pelanggan.

1. Menawarkan polisi bayaran balik yang fleksibel

Penumpang boleh mendapatkan bayaran balik dengan mudah jika perlu membatalkan penerbangan.

2. Elaun bagasi yang luar biasa kepada penumpang

Ia membolehkan penumpang berjimat lebih pada setiap perjalanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tambang rendah, tapi tawar servis premium siap ada pilihan makanan! TransNusa terbang antara KL-Jakarta bermula 14 April

Untuk jualan tempat duduk terendahnya, penumpang akan dapat menikmati elaun bagasi 15kg percuma, selain daripada bagasi tangan 7kg.

3. Pilihan tempat duduk

Tempat duduk TransNusa dikategorikan dan dijual dalam tiga bahagian, memberikan penumpang kelonggaran untuk memilih jenis tempat duduk dan perkhidmatan yang mereka perlukan, terutamanya laluan Kuala Lumpur-Jakarta yang hanya mengambil masa kira-kira 2 jam 15 minit.

Tiga bahagian itu dinamakan tempat duduk, tambah tempat duduk dan flexi pro.

4. Masa penerbangan ditukar

Jika mengalami kesukaran untuk terbang pada masa yang ditetapkan semasa pembelian, anda boleh menukar mengikut masa penerbangan lain yang tersedia.

Pastinya tiada bayaran tersembunyi dikenakan untuk penukaran ini ya.

Dengan TransNusa, pelbagai tawaran menarik dapat diperoleh sekali gus memberi manfaat kepada pelanggan.

Dalam pada itu ujar Bernard, sebagai tambahan kepada peningkatan kekerapan, TransNusa memperkenalkan kempen baharu untuk Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

"Dengan nama yang sesuai untuk kempen Malaysia Madani, penumpang TransNusa kini boleh beli tiket dari serendah RM249 untuk laluan Kuala Lumpur–Jakarta, RM155 untuk Jakarta–Yogyakarta dan RM215 untuk laluan Jakarta–Bali.

"Harga rendah ini terpakai sehingga 31 Ogos," jelas beliau.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain