suria

Wah, fantasi jadi realiti! Airbnb buka peluang tinggal di rumah agam pink Barbie

Rumah agam Barbie berwarna merah jambu di Malibu, California.

IMPIAN anda sejak kecil untuk tinggal di rumah Barbie kini bukan lagi fantasi sebaliknya mampu jadi kenyataan!

Airbnb mengumumkan rumah agam tepi pantai berwarna merah jambu terang ilham dari rumah mainan Barbie akan tersedia untuk ditempah untuk jangka masa terhad bulan ini tetapi dengan sedikit kelainan.

Kali ini, kekasih Barbie yang berambut perang, Ken, yang wataknya dipegang oleh Ryan Gosling dalam filem yang akan ditayangkan tidak lama lagi akan bertindak sebagai tuan rumah.

Syarikat penyewaan hartanah ini dan Warner Bros. bekerjasama untuk mempromosikan Barbie, sebuah filem komedi musim panas yang dibintangi oleh Margot Robbie dan Ryan Gosling.

Mereka menjemput semua orang di ‘Barbie Land' (peminat Barbie) untuk turut serta bagi mendapatkan peluang memenangi penginapan satu malam di rumah agam mewahnya yang terletak di Malibu.

"Kita semua mempunyai impian, dan Barbie cukup bertuah kerana mempunyai rumah yang penuh impian.

Bahagian dalam rumah agam Barbie.

"Tetapi sekarang, giliran saya, dan saya tidak sabar untuk menerima tetamu di dalam rumah yang unik ini,” kata Ken.

Bermula 17 Julai jam 10 pagi (waktu Pasifik), sesiapa sahaja boleh mula menempah Barbie's Malibu Dreamhouse di Airbnb.

Syarikat itu akan memilih empat tetamu bertuah (dua setiap malam) untuk bermalam di vila tepi laut Malibu ini secara percuma pada 21 dan 22 Julai.

Ken tidak dapat memikirkan harga untuk Barbie's Malibu DreamHouse memandangkan kepakarannya adalah mengenai pantai, bukan matematik.

Tetamu berpeluang meninjau almari pakaian Ken yang hebat untuk mencari kesesuaian baju pantai terbaik mereka.

Ciri-ciri lain rumah impian ini termasuk dek pemandangan dengan teleskop yang menghadap ke lautan, bar dan gril di luar, gim terbuka dan geladak dengan lubang api.

Pada profil Airbnbnya, yang memaparkan poster watak Gosling untuk filem Barbie, Ken berkata dia menjalani kehidupannya dengan dua B iaitu Beach dan Barbie.

Ini bukan kali pertama Malibu Dreamhouse Barbie muncul di Airbnb.

Pada Oktober 2019, kediaman itu tersedia untuk disewa pada harga $60 (RM280) semalam.

Penyenaraian Airbnb terbaharu untuk Barbie's Malibu Dreamhouse hanyalah satu kempen pemasaran teguh yang dilancarkan oleh Warner Bros. dan Mattel menjelang tayangan Barbie.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain