suria

Binaan Lego tapak warisan bersejarah Malaysia, kunjungan ke Legoland pasti lebih menarik selepas ini

Scott O'niel dan CS Lim sekitar majlis pra-tonton MINILAND Amazing Malaysia.

JIKA merancang untuk bercuti ke negeri Johor, Legoland Malaysia Resort harus berada dalam 'bucket list' anda.

Selain dapat menguji adrenalin di taman tema dan berseronok di taman air, tidak lama lagi satu lagi keseronokan bakal ditawarkan Legoland Malaysia Resort, dengan pelancaran MINILAND Amazing Malaysia.

Pengarah Bahagian Legoland Malaysia Resort, CS Lim berkata pengunjung akan dapat merasai pengalaman unik apabila tapak warisan bersejarah seperti Kota Bharu (Kelantan), Gua Mulu (Sarawak) dan Georgetown (Pulau Pinang) diperbuat daripada lego.

Pelancaran MINILAND Amazing Malaysia yang mempamerkan struktur Kota Bahru.

Pelancaran MINILAND Amazing Malaysia yang mempamerkan struktur Kota Bharu.

"Di Malaysia, kita mempunyai begitu banyak destinasi indah yang dipenuhi dengan seni bina luar biasa, lanskap, budaya dan sejarah,

"Melalui MINILAND Amazing Malaysia, tetamu akan dapat merasai destinasi Malaysia dengan hanya satu hentian di Legoland Malaysia Resort," katanya.

MINILAND Amazing Malaysia bakal dilancarkan pada Ogos 2023, menyaksikan 1.38 juta lego digunakan bagi membina 126 model, terbahagi kepada Malaysia Timur, Malaysia Barat dan Laut China Selatan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Merlin Entertainments Scott O'Neil berkata, Legoland Malaysia Resort merupakan pusat perlancongan yang unik berbanding Legoland lain di seluruh dunia.

Group Photo_Launch Gambit of MINILAND Amazing Malaysia with VIPs and Kids

MINILAND Amazing Malaysia bersama VIP dan kanak-kanak.

"Apa yang unik tentang Legoland Malaysia Resort jika dibandingkan dengan Legoland di seluruh dunia? Ia adalah bagaimana kita menerapkan budaya tempatan ke dalam semua yang kami lakukan.

"Ia menjadikan Legoland Malaysia tempat yang pelawat tempatan mahupun antarabangsa ingin kembali lagi dan Merlin Entertainments komited untuk terus melabur dalam LEGOLAND Malaysia Resort selama bertahun-tahun untuk masa akan datang," katanya.

Sementara itu, bagi yang merancang untuk berkunjung ke Legoland Malaysia Resort, anda boleh singgah ke MINILAND untuk menikmati struktur teduh setinggi 5 tingkat baharu yang meliputi seluruh kawasan dengan lebih selesa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain