suria

Syok berkhemah sambil healing di Escape Penang! Kalau bukan dengan rakan, boleh juga bawa haiwan kesayangan

Base Camp di Escape Penang menjadi antara lokasi terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga, rakan dan haiwan peliharaan.

TREND berkhemah di hutan atau tepi pantai nampaknya sudah menjadi ikutan terutamanya buat pencinta alam.

Bagi individu yang gemar percutian berkonsepkan perkhemahan dan lebih santai, Base Camp di Escape Penang, Pulau Pinang merupakan lokasi terbaik untuk anda meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Tidak perlu bimbang tentang keselesaan ketika berada di tapak perkhemahan kerana di situ bukan sahaja terdapat kemudahan seperti surau dan tempat mandi malah anda juga boleh mengadakan aktiviti barbeku di mana ruangan barbeku disediakan di setiap tapak.

Base Camp di Escape Penang sesuai untuk anda menikmati keindahan alam semula jadi.

Menariknya, di sini anda bukan hanya dapat healing bersama rakan atau ahli keluarga tetapi dibenarkan juga membawa haiwan peliharaan anda bersama-sama.

Jadi tiada lagi masalah rindu atau dilema untuk meninggalkan si comel di rumah untuk bercuti.

Bayangkan selepas penat bermain seharian di taman tema, anda dan orang tersayang dapat meluangkan masa berehat sambil menikmati udara malam dengan berlatarkan alam semula jadi.

Suasana di Base Camp, Escape Penang.

Pengasas dan Pengarah Eksekutif Sim Leisure Group, Sim Choo Keng berkata, pihaknya teruja untuk merancang permainan halangan baharu, aktiviti team-building dan melaksanakan inisiatif pembangunan berimpak rendah di Escape Penang.

Pengunjung juga boleh menantikan tarikan terbaru seperti buaian terbesar dan rumah pokok yang pastinya membuatkan pengembaraan anda lebih seronok dan teruja di Escape Penang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain