suria

Memang bonus bercuti ke Sabah, Sarawak sekarang... Boleh tengok sambutan Pesta Kaamatan, Hari Gawai

Banyak lokasi yang anda boleh lawati di Sabah dan Sarawak.

SAMBUTAN Pesta Kaamatan dan Hari Gawai merupakan masa yang sesuai untuk anda menerokai keunikan budaya serta panorama memukau di Sabah dan Sarawak.

Berikut kami kongsikan destinasi menarik yang boleh anda kunjungi di dua negeri itu.

1. Kota Kinabalu

Mulakan hari anda dengan sarapan pagi yang menyelerakan sebelum menyelam ke perairan biru di sekitar Pulau Mamutik atau mendaki denai-denai indah di Taman Negara Kinabalu.

Jika mahu lebih ekstrem, anda boleh mendaki ke Gunung Kinabalu untuk melihat sendiri panorama menakjubkan dari puncak tertinggi di Malaysia.

t2

Jangan lupa untuk cuba laksa Sarawak jika berkunjung ke sana.

Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk meraikan festival kebudayaan ‘Kaamatan’ selama sebulan dengan mencuba permainan serta tarian tradisional bersama penduduk tempatan.

2. Mulu

Anda boleh menerokai Gua Angin, Gua Rusa dan Gua Lang, atau melakukan pendakian yang menawarkan pengalaman luar biasa di Taman Negara Gunung Mulu yang juga Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Untuk makan malam, nikmati ayam pansuh (ayam buluh) yang boleh didapati di Pasta Kaamatan.

Juadah tradisi itu menawarkan ayam yang dimasak dalam buluh hingga menghasilkan potongan daging ayam lembut yang mana ia dihidangkan dalam sup harum dan berkhasiat.

t3

Kuil Tua Pek Kong merupakan antara lokasi menarik yang boleh dilawati.

3. Miri

Jika bertandang ke Miri, Sarawak pula jangan lupa untuk mencuba keenakan salad umai ikan.

Ia menampilkan hirisan ikan tempatan yang diawet dengan jus limau nipis, cili, bawang, timun dan calamansi.

Paling popular tentunya Laksa Sarawak yang dihidangkan bersama udang segar. Memang padu!

Anda juga boleh mencuba pemanduan singkat ke Pantai Tusan yang mana anda boleh menyaksikan keindahan panorama sambil menikmati bayu pantai dari Laut China Selatan.

4. Bintulu

Bayangkan anda bangun pagi dengan pemandangan sungai yang menakjubkan sebelum memulakan lawatan sehari ke Taman Negara Similajau.

t4

Kehijauan alam yang menjadi tarikan utama.

Di sana anda boleh menerokai denai, hutan, laut dan berkelah di tepi pantai.

Untuk pengembaraan yang lebih mencabar, anda boleh menyelam atau melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Batu Mandi berhampiran Golden Beach, Siilajau.

Selami tapak budaya Bintulu dengan melihat Kuil Tua Pek Kong yang dipercayai dibina sekitar tahun 1890-an, kuil ini merupakan mercu tanda utama Bandar Bintulu.

Jika berkesempatan meneroka keindahan Sabah dan Sarawak sempena Pesta Kaamatan kali ini, anda boleh menginap di hotel-hotel yang menarik dan unik di bawah rangkaian Marriott Bonvoy.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain