suria

Bayar murah tapi servis premium... TransNusa janji ruang kaki tak sempit, bagasi percuma sehingga 30kg

TransNusa membangunkan pakej yang membezakkannya dengan pesaing terdekat.

BERITA baik! Bayar murah tetapi perkhidmatan premium.

Syarikat penerbangan Indonesia, PT TransNusa Aviation Mandiri (TransNusa) akan memulakan penerbangan sulung antarabangsanya, Jakarta-Kuala Lumpur-Jakarta pada 14 April ini.

Menyasarkan menjadi syarikat penerbangan perkhidmatan premium pertama di Asia Tenggara, TransNusa dijangka mengubah landskap industri penerbangan serantau kerana menawarkan pakej unik yang bakal menjadikan laluan ke negara jiran lebih berdaya saing.

Ketua Pegawai Eksekutif PT TransNusa Aviation Mandiri, Datuk Bernard Francis

Ini kerana syarikat penerbangan itu bukannya berkonsepkan mewah atau kos rendah, tetapi menawarkan perkhidmatan yang melebihi kualiti syarikat penerbangan kos rendah.

Terdapat dua penerbangan pergi balik dari Jakarta ke Kuala Lumpur dan sebaliknya, setiap hari.

Penerbangan akan berlepas dari Jakarta ke Kuala Lumpur pada pukul 7 pagi dan 4.50 petang manakala di Kuala Lumpur, penerbangan akan berlepas ke Jakarta setiap hari pada pukul 10.40 pagi dan 8.35 malam.

Harga bermula daripada serendah RM299.

TransNusa menawarkan harga pakej penerbangan yang sangat rendah dan kompetitif.

Syarikat penerbangan komersial antarabangsa baharu itu membangunkan pakej yang membezakkannya dengan pesaing terdekat.

Ia pastinya akan membezakannya dengan syarikat penerbangan tambang penuh dan tambang rendah yang lain yang beroperasi di Malaysia dan Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif PT TransNusa Aviation Mandiri, Datuk Bernard Francis berkata penumpang TransNusa akan menikmati kemudahan dan perkhidmatan penerbangan premium dengan harga kompetitif.

“Beberapa kemudahan yang akan dinikmati penumpang kami termasuk akan tiba di terminal antarabangsa (Terminal 3) Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

"Ini membolehkan mereka menikmati perkhidmatan berkelas dunia yang ditawarkan di terminal itu,” kata Datuk Francis.

Datuk Francis juga menambah bahawa TransNusa mahu memastikan penumpang mereka mendapat pengalaman yang meninggalkan memori indah ketika berada di dalam dan di luar pesawat mereka.

“Salah satu ciri unik kami ialah ruang bilik kaki premium yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan TransNusa,” tegas Datuk Francis.

TransNusa juga mempunyai ruang kaki yang premium.

Menggunakan pesawat Airbus A320 untuk penerbangan antarabangsa sulungnya itu dengan konfigerasi 168 hingga 174 tempat duduk, sekali gus menyediakan ruang kaki premium antara 30 inci hingga 31 inci, sama seperti ditawarkan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh.

“Selain itu, semua penerbangan TransNusa untuk laluan Jakarta ke Kuala Lumpur dan kemudian pulang semula ke Jakarta beroperasi dalam slot masa utama,” kata Datuk Francis.

Lebih menarik, semua penumpang TransNusa akan menikmati bagasi percuma antara 15 kilogram (kg) dan 30 kg, bergantung kepada pakej dipilih mereka.

“Tambahan pula, makanan dan pertukaran penerbangan tanpa had turut disediakan untuk penumpang yang memilih pakej ini.

“Walaupun TransNusa menyediakan perkhidmatan penerbangan premium untuk penumpangnya, dari segi harga, ia adalah rendah dan sangat kompetitif,” tambah Datuk Francis.

TransNusa kini mempunyai dua pangkalan di Indonesia iaitu di Bali dan Jakarta.

TransNusa pandemik Covid-19 selama tiga tahun telah meninggalkan impak yang mendalam kepada industri penerbangan.

Syarikat penerbangan berusia 15 tahun itu pada masa ini memiliki dan mengendalikan 4 pesawat dan menjangkakan akan meningkatkan jumlah itu kepada enam pesawat dalam tempoh enam bulan akan datang.

TransNusa, pada masa ini, mengendalikan 10 penerbangan secara harian antara Jakarta dan Bali, dan 3 kali sehari dari Jakarta ke Jogjakarta.

"Kami membangunkan modal perniagaan baharu iaitu tawaran syarikat penerbangan komersil premium dan pada masa yang sama, tambang yang dikenakan juga rendah.

“Kami mencipta semula diri kami dan meletakkan TransNusa sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan premium di pasaran antarabangsa dengan harga yang berpatutan," kata Datuk Francis.

TransNusa kini sedang cuba membina nama dalam industri selepas pembukaan semula dari pandemik.

Tarikan TransNusa ke Malaysia berpunca daripada fakta bahawa terdapat 2.4 juta orang melalui laluan Jakarta - Kuala Lumpur setiap tahun.

Walaupun disebabkan pandemik, kekerapan pengembara menggunakan laluan ini menurun sebanyak 40 peratus, tetapi TransNusa percaya permintaan masih tinggi dan oleh itu berhasrat untuk menawarkan pakej perjalanan yang lebih selesa.

TransNusa menerima semua kelulusan yang diperlukan untuk beroperasi di Malaysia daripada semua pihak berkuasa penerbangan yang berkaitan

Mereka juga kini sedang dalam proses mendapatkan kelulusan untuk terbang dari Johor Bahru.

Di Indonesia, TransNusa beroperasi sebagai syarikat penerbangan tambang rendah kerana pasaran domestik di negara itu sangat kompetitif, dan hampir semua syarikat penerbangan domestik dikenali sebagai syarikat penerbangan tambang rendah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain