suria

Mood cuti akhir tahun kembali, ke mana kita? Ini 3 destinasi menarik anda wajib travel!

Taman Ueno bukan sahaja cantik tetapi menjadi tarikan ramai pengunjung.

CUTI akhir tahun kembali! Pastinya anda tercari-cari destinasi percutian dan tempat-tempat menarik sebagai pilihan untuk melancong.

Tak kisahlah ke mana pun, tapi mood bercuti bersama keluarga mahupun teman-teman membuatkan anda cukup teruja untuk bawa pasport dan bagasi.

Tahu nak travel ke mana? Jom mStar pilih 3 destinasi menarik yang anda wajib pergi.

1. Tokyo, Jepun

Konnichiwa! Bagi anda yang ingin merasai pengalaman bermain salji, Jepun sangat sesuai untuk dikunjungi.

Malah, ibu negaranya Tokyo tersedia menyajikan pelbagai lokasi menarik untuk dijelajah, nak berjalan kaki saja pun boleh!

Pastikan lokasi tumpuan seperti Imperial Palace Tokyo (Istana Diraja), Asakusa dan Kuil Senso-ji, Muzium Alam Semulajadi dan Sains Tokyo dimasukkan dalam senarai.

Paling best adalah Taman Ueno kerana ada 15 lokasi menarik di sekitarnya yang boleh anda lawati seperti Shitamachi Museum yang mana budaya masyarakat dahulu diketengahkan atau Ueno Izayaka-machi yang menyerlahkan suasana restoran kaki lima.

Kaki shopping jangan lepaskan peluang ke Ginza Six kerana di sini terdapat kira-kira 214 jenama untuk pakaian, seni, kosmetik dan bermacam-macam lagi.

GrabInsure travel latest 2

Chatuchak Market menempatkan lebih 8,000 gerai.

2. Bangkok, Thailand

Sawadee-ka! Bangkok antara destinasi pilihan rakyat Malaysia kerana kos penginapan dan pengangkutan ke sana lebih murah. Boleh saja naik keretapi dari sempadan Padang Besar, Perlis.

Terkenal dengan jolokan bandar tidak pernah sunyi meskipun pada waktu malam, pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini.

Selain melihat binaan unik kuil seperti Wat Pho, anda boleh menyusuri Chatuchak Market yang menghimpunkan lebih 8,000 gerai, menjadikannya salah satu pasar jalanan terbesar di dunia.

Sungai Chao Phraya yang popular dengan gelaran 'Venice Timur' juga wajib dikunjungi, di samping Taman Botanikal Tropikal Nong Nooch.

GrabInsure travel latest 3

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin antara tarikan memukau di Brunei.

3. Brunei

Psstt... walaupun Brunei adalah antara negara terkecil dan berada di Kepulauan Borneo, namun sebenarnya banyak lokasi menarik yang boleh anda kunjungi.

Negara ini juga terkenal dengan pantai dan hutan hujan biodiversenya yang kebanyakannya masih dilindungi dalam rizab.

Jika anda berkunjung ke sini, jangan lupa singgah di Pekan Tutong, Kuala Belait, Pasar Malam Gadong, Hutan Simpan Labi atau Jerudong Park.

Bukan itu sahaja, melawati setiap pantainya juga menjanjikan panorama yang memukau!

Memandangkan tempat beribadat sering menjadi tumpuan rakyat Malaysia ketika melancong, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin juga wajib dijejaki ya! Menjadi mercu tanda, ia merupakan masjid tercantik di Asia Pasifik malah kubah utamanya diperbuat daripada emas tulen.

GrabInsure travel latest 4

Insurans perjalanan penting untuk pengembara.

Dalam keterujaan dan keseronokan travel, anda juga perlu membuat persediaan bagi menghadapi sesuatu yang tidak diingini termasuklah insurans perjalanan.

Jatuh sakit

Siapa yang tidak teruja untuk mendaki bukit atau gunung? Tapi anda boleh jatuh sakit akibat keletihan atau tempoh perjalanan yang lama ketika mendaki. Bayangkan jika anda dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan. Berapa kos yang perlu anda tampung?

Kecederaan

Paragliding menawarkan pengalaman berharga selain dapat melihat pemandangan yang memukau ketika berada di ruang udara. Namun, malang tidak berbau apabila terjatuh ketika melakukan aktiviti paragliding. Kemungkinan kecederaan boleh berlaku seperti bengkak atau patah kaki dan memerlukan rawatan di hospital.

Terdedah kepada risiko

Buku merah (pasport) dan wang semestinya penting setiap kali bercuti di luar negara. Tapi paling membimbangkan apabila berlaku kehilangan atau kecurian seperti pasport dan dompet. Pastinya boleh merosakkan percutian anda. Walau bagaimanapun, tuntutan untuk kehilangan dokumen perjalanan dan kecurian wang boleh dilakukan dengan insurans perjalanan.

grab insure - promo 3

Ternyata perlindungan perjalanan amat penting buat anda, keluarga dan teman-teman.

Travel Cover yang boleh didapati dalam aplikasi Grab superapp merupakan pilihan terbaik. Ia bukan sahaja menawarkan insurans perjalanan mampu milik pada nilai hebat, pakej yang disediakan juga bersifat komprehensif serta memenuhi keperluan anda sebagai penjelajah.

grab insure - promo 4

Nikmati percutian tanpa rasa bimbang dengan perlindungan perjalanan Travel Cover menerusi Grab Superapp.

· Dapatkan sebut harga dengan mudah dan pantas.

· Perlindungan Perjalanan meliputi seluruh dunia kecuali Cuba.

· Harga bermula RM3* sehari sahaja.

· Boleh membeli perlindungan untuk satu hari atau lebih.

· Perlindungan komprehensif sehingga RM300,000, termasuk perubatan di luar negara, perubahan jadual, kehilangan bagasi dan harta peribadi, kematian akibat kemalangan dan lain-lain.

· Perlindungan termasuk kes berkaitan Covid-19.

GrabInsure 1 latest

Promosi masa terhad iaitu bermula sekarang sehingga 31 Disember 2022.

· Nikmati diskaun ke lapangan terbang sehingga RM10.

· Dengan perbelanjaan minimum RM35 untuk Travel Cover, anda boleh mendapatkan baucar perjalanan lapangan terbang RM10.

· Dengan perbelanjaan minimum RM20 untuk Travel Cover, anda boleh mendapatkan baucar perjalanan lapangan terbang RM5.

Maklumat lanjut mengenai Travel Cover menerusi Grab superapp, boleh layari grb.to/3E3zXRC

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain