suria

Bosan duduk rumah? Jom hangatkan sambutan Krismas di Plaza Sungei Wang

Plaza Sungei Wang berkolaborasi dengan Yayasan Foodbank Malaysia sempena Krismas.

SAMBUTAN Wang-derful Krismas pasti meriah tahun ini di Plaza Sungei Wang!

Bermula 1 Disember sehingga 26 Disember ini, Plaza Sungei Wang akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik sempena sambutan Krismas bertemakan istana musim sejuk.

Hadiah lumayan menanti anda sepanjang Frosty Wang-derful berlangsung seperti bantal eksklusif apabila anda membelanjakan minimum RM238 dalam maksimum dua resit.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat kaki shopping, ini 5 pusat beli belah baharu di KL yang boleh anda kunjungi

Selain itu pengunjung boleh menikmati parking percuma selama dua jam dengan perbelanjaan minimum RM50 dan ke atas dalam maksimum dua resit terkumpul.

Berikut antara acara yang berlangsung sempena Frosty Wang-derful:

1) Acara menyeronokkan Wang-derful Krismas

Kalau ada yang masih tercari-cari hadiah unik sempena sambutan Krismas untuk yang tersayang, Plaza Sungei Wang akan mengadakan pasar kraf dan seni Krismas di Centre Court.

Untuk penggemar pakaian terpakai, vintaj dan barangan rare, ekspo bundle juga diadakan dari 24 hingga 26 Disember di tingkat 6 pusat beli-belah tersebut.

Antara acara yang bakal berlangsung di Plaza Sungei Wang. -Foto Instagram @tswiftmalaysia dan @beliebersarmymy_

Selain itu, acara Musim Swiftmas untuk peminat penyanyi terkenal dunia, Taylor Swift akan berlangsung pada 11 Disember dari pukul 2 hingga 4 petang (sesi pertama) dan 7 hingga 9 malam (sesi kedua) dengan Pesta Mendengar Krismas Taylor!

Bagi peminat penyanyi popular Justin Bieber pula, Musim Percutian Bieber istimewa menanti anda pada 17 Disember dari pukul 12 tengah hari hingga 4 petang.

Jadi jangan lupa tandakan kalendar anda!

2) Pertandingan menarik Frosty Wang-derland

Serlahkan kreativiti dan menangi hadiah menarik apabila anda menyertai peraduan Wang-derland yang berlangsung sepanjang bulan!

Ayuh tunjukkan bakat anda di Asia talents search audition pada 3 Disember atau sertai pertandingan kostum santa dan rakan-rakan pada 10 Disember.

Bagi mereka yang berseni, peraduan mewarna oleh Seni Global akan diadakan pada 18 Disember.

3) Persembahan mempesona Wang-derful

Lagu-lagu Krismas yang ceria akan menghangatkan jiwa anda pada 6 Disember yang akan dipersembahkan oleh Acapella Carolling, diikuti dengan kabaret kanak-kanak Krismas pada 18 Disember.

Sungei Wang Plaza merupakan kompleks beli-belah paling lama beroperasi di Kuala Lumpur yang menawarkan repertoir pilihan perkhidmatan kecantikan seperti salun rambut, butik pakaian, penjualan barangan digital dan lain-lain.

Tengku Datin Paduka Setia Zatashah (dua dari kiri) dan Encik Ng Yih Chen (dua dari kanan) di program pelancaran Frosty Wang-derland di Plaza Sungei Wang.

Majlis pelancaran sambutan Krismas bertemakan Frosty Wang-derland yang berlangsung pada 6 Disember turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Yayasan Foodbank Malaysia, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah; Pengerusi Plaza Sungei Wang, Ng Yih Chen dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Foodbank Malaysia, Johan Halid.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain