Nak beli tiket murah? Tawaran tambang rendah Malaysia Airlines bermula hari ini - Destinasi | mStar

Nak beli tiket murah? Tawaran tambang rendah Malaysia Airlines bermula hari ini

Tawaran tambang rendah ‘Fly Now Deals’ Malaysia Airlines bermula hari ini hingga 21 Jun 2019. -fotoTHESTAR

ORANG ramai yang mencari tawaran perjalanan pada saat akhir kini boleh menikmati tambang rendah ‘Fly Now Deals’ Malaysia Airlines mulai sekarang hingga 21 Jun 2019.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan negara itu berkata menerusi tambang serendah RM339 pergi balik kelas ekonomi, orang ramai boleh merancang perjalanan mereka dari Kuala Lumpur ke Medan, Bali dari RM689, Hong Kong RM719, Manila RM789, Chennai RM939, Beijing RM1,119, Seoul dari RM1,209, Tokyo RM1,399, Sydney RM1,549, atau London dari serendah RM2,899.

"Perjalanan sehala kelas ekonomi bagi laluan domestik juga ditawarkan daripada serendah RM69 dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang atau Langkawi, dari serendah RM99 ke Kuching dan dari RM129 ke Kota Kinabalu," katanya.

Selain Fly Now Deals, Malaysia Airlines juga menawarkan diskaun 15 peratus bagi tempat duduk standard dengan 10kg tambahan bagasi, MHinsure, pilihan tempat duduk, bagasi tambahan selain akses ke Golden Lounge. -Bernama

tambang rendah , MAS , tiket murah

Artikel Berkaitan