suria

Hidangan ayam, sos 'sihat' telah ditemui!

SIAPA yang selalu alami dilema bila teringin makan ayam, tapi takut gemuk?

Kadangkala, sanggup berpuasa makan ayam demi mendapatkan bentuk badan yang diidamkan.

Biasanya, hidangan ayam yang lazat-lazat, terutama yang dogoreng rangup tu pasti tinggi lemak kan?

Jangan bimbang kerana ayam yang lazat, tapi tidak menggemukkan akhirnya ditemui di Chicken Royale yang terletak di Cheras, Selangor.

Jika anda berpeluang ke sini, jangan lupa untuk memesan hidangan ayam peri-peri yang menggunakan ayam dara dan diperap selama 24 jam tau!


Harga bagi seekor ayam peri-peri adalah RM21.

Rasa ayam peri-peri ini langsung tidak mengecewakan kerana teksturnya sangat lembut dan ‘juicy’, memang terasa rempah-rempah yang meresap hingga ke tulang ayam!

Harganya pula hanya RM21 untuk seekor ayam, tapi kalau anda 'tidak boleh hidup' tanpa nasi, bolehlah pesan set kombo nasi dan ayam peri-peri pada harga RM9 sahaja.

Keistimewaan Chicken Royale bukan terletak pada ayam semata-mata, tapi tahukah anda sos buatan sendiri yang dirumuskan dengan 13 rempah tempatan dengan kombinasi tiga cili berbeza yang menjadi sebab utama pelanggan ke sini?

Ini kerana sos yang terdiri daripada enam perisa itu tidak menggunakan bahan pengawet mahupun pewarna.

Antara perisa yang ditawarkan adalah sos ‘hickory bbq’, sos ‘atomic’ peri-peri, sos peri-peri, sos nuklear peri-peri, sos keju peri-peri, sos herba hijau dan sos bawang putih peri-peri.

Kata ketua pegawai eksekutif Chicken Royale, Mohd Nazri Md Akim, 36, dia menggunakan teknik ‘slow roasting’ yang memakan masa selama sejam setengah untuk ayam dibakar sehingga masak.

“Niat awal saya nak jual ayam, tapi tak sangka orang datang ke sini disebabkan oleh sos.

Antara pilihan sos yang ditawarkan Chicken Royale.

“Ada pelanggan yang tanya sama ada kami menjual sos di sini, dari situ timbul idea untuk menghasilkan sos dalam bentuk botol kepada mereka,” katanya ketika ditemui di premis ‘foodtruck’ Chicken Royale di Bandar Tun Hussein Onn baru-baru ini.

Sebotol sos Chicken Royale dijual pada harga RM15.90 dan seberat 240 gram.

Menariknya sos peri-peri ini, ia menghilangkan rasa muak dan menyeimbangkan rasa ayam bakar terutama pada bahagian isi ayam.

Memandangkan lokasi ‘foodtruck’ Chicken Royale ini berhampiran dengan sebuah gimnasium, maka ia menjadi pilihan abang-abang ‘sado’ untuk mendapatkan sumber protein mereka.

Alamat:
Chicken Royale,
Off jalan Persiaran Suarasa 2,
Bandar Tun Hussein Onn,
43200 Cheras,
Selangor.

Waktu operasi:
Setiap Isnin hingga Ahad (kecuali Rabu) dari pukul 5.30 petang hingga 11.30 malam.

Chicken Royale

Artikel Lain