suria

Mahu Gembirakan Anak? Rebut Tiket Percuma Ke Bangi Wonderland

CUTI sekolah dah nak dekat! Pastinya ini saat yang paling ditunggu-tunggu oleh anda untuk meluangkan masa bersantai bersama keluarga tersayang.

Dan, siapa tahu pas masuk percuma ke  Bangi Wonderland  mungkin menjadi milik anda minggu ini dengan hanya menyertai peraduan 'Hora Horey mStar-Bangi Wonderland!' yang akan dilakukan selama tiga hari berturut-turut iaitu pada 12, 13 dan 14 Mac ini.

Lima pemenang harian akan dipilih setiap hari, selama tiga hari dan setiap pemenang akan menerima hadiah berupa pas masuk percuma ke Bangi Wonderland untuk empat orang (2 dewasa, 2 kanak-kanak).

Berikut cara menyertainya yang cukup mudah dan meriangkan!

LANGKAH 1: Ambil GAMBAR anda/ahli keluarga/rakan bersama ARTIKEL 'Jom Ke Bangi Wonderland, Macam-Macam Ada!' yang telah disiarkan dalam mStar Online pada 9 Mac lalu, dengan cara yang paling kreatif.

Contoh: Gambar anak anda sedang membaca artikel tersebut secara online di komputer riba/telefon bimbit/komputer atau artikel yang telah dicetak.

Paparan skrin artikel yang disiarkan pada 9 Mac 2018.

LANGKAH 2: Muat naik gambar tersebut di akaun Instagram atau Facebook peribadi anda dan masukkan KAPSYEN paling menarik tentang cuti sekolah di Bangi Wonderland.

Contoh kapsyen: "Siap sedia! Minggu depan ayah nak bawa kamu semua bersuka-ria di Bangi Wonderland."

LANGKAH 3: Untuk setiap gambar yang dimuat naik di Instagram atau Facebook, jangan lupa masukkan #mstarbangiwonderland

Contoh gambar yang diambil bersama artikel Bangi Wonderland.

PERINGATAN PENTING: Pastikan akaun anda ditetapkan untuk tatapan UMUM (public), bukan ‘private’ bagi membolehkan kami melihat gambar yang dimuat naik dan membuat pemilihan pemenang.

Selagi anda mematuhi syarat dan langkah yang ditetapkan, anda bebas menghantar seberapa banyak penyertaan.

Penyertaan dengan gambar paling kreatif dan keterangan paling menarik akan dipilih sebagai pemenang.

Nama pemenang akan diumumkan pada 15 Mac di http://mstar.com.my/jelajah , Facebook  dan Instagram rasmi mStar Online.

Pemenang juga akan dihubungi melalui akaun Facebook atau Instagram.

Pemenang juga boleh terus menebus hadiah di kaunter tiket Bangi Wonderland sepanjang cuti sekolah minggu depan (17 - 25 Mac), seterusnya menikmati keriangan di taman tema air ini.

SELAMAT MENCUBA!

Sila klik di sini untuk Terma & Syarat pertandingan

Artikel Lain