suria

Cuti Sekolah Tiba Lagi, Ini Cara Nak Menang Tiket Percuma Ke Bangi Wonderland!

CUTI sekolah dah nak dekat! Pastinya ini saat yang paling ditunggu-tunggu oleh anda untuk meluangkan masa bersantai bersama keluarga tersayang.

Dan, siapa tahu pas masuk percuma ke Bangi Wonderland menjadi milik anda minggu ini dengan hanya menyertai peraduan Hora Horey mStar-Bangi Wonderland! yang akan dijalankan selama tiga hari berturut-turut iaitu pada 12, 13 dan 14 Mac ini.

Lima pemenang harian akan dipilih setiap hari, selama tiga hari, dan setiap pemenang akan menerima hadiah berupa pas masuk percuma ke Bangi Wonderland untuk empat orang (2 dewasa, 2 kanak-kanak).

Berikut cara menyertainya yang cukup mudah dan meriangkan!

LANGKAH 1: Ambil GAMBAR anda/ahli keluarga/rakan bersama ARTIKEL Jom Ke Bangi Wonderland, Macam-Macam Ada! yang telah disiarkan dalam mStar Online pada 9 Mac lalu, dengan cara yang paling kreatif. 

Contoh: Gambar anak anda sedang membaca artikel tersebut secara online di komputer riba/telefon bimbit/komputer atau artikel yang telah dicetak.

Paparan skrin artikel 'Jom Ke Bangi Wonderland, Macam-Macam Ada!' yang disiarkan di mStar Online pada 9 Mac lalu.

LANGKAH 2: Muat naik gambar tersebut di akaun Instagram atau Facebook peribadi anda dan masukkan KAPSYEN paling menarik tentang cuti sekolah dan Bangi Wonderland.

LANGKAH 3: Untuk gambar yang dimuat naik di Instagram, tag @mstaronlineofficial DAN @officialbangiwonderland . Tag @mstardotcomdotmy DAN @bangiwonderlandwaterpark untuk gambar yang dimuat naik di Facebook.

PERINGATAN PENTING: Pastikan akaun anda ditetapkan untuk tatapan UMUM, bukan ‘private’ bagi membolehkan kami melihat gambar yang dimuat naik dan membuat pemilihan pemenang.

Selagi anda mematuhi syarat dan langkah yang ditetapkan, anda bebas menghantar seberapa banyak penyertaan.

Penyertaan dengan gambar paling kreatif dan keterangan paling menarik akan dipilih sebagai pemenang.

Nama pemenang akan diumumkan pada 15 Mac di www.mstar.com.my/jelajah , di Facebook dan Instagram rasmi mStar Online. Pemenang juga akan dihubungi melalui akaun Facebook atau Instagram.

Pemenang boleh terus menebus hadiah di kaunter tiket Bangi Wonderland, seterusnya menikmati keriangan di taman tema air ini.

SELAMAT MENCUBA!

Artikel Lain