suria

Dekatkan Diri Dengan Alam Di 'The Habitat'

JIKA anda tercari-cari lokasi pelancongan yang menerapkan konsep alam semulajadi dan jauh dari kesesakan hutan konkrit, The Habitat Penang wajar menjadi pilihan.

Terletak di pinggir hutan hujan di Bukit Bendera, Pulau Pinang, pengunjung kini boleh merasai pengalaman baharu bertaraf antarabangsa dengan beberapa aktiviti lasak ditawarkan di puncak tanah tinggi itu.



Berjalan sama tinggi dengan silara (ruang antara daun pada bahagian atas pokok) di atas laluan kanopi merentasi hutan dengan pemandangan flora dan fauna pastinya sesuatu yang sangat mengujakan!

Lebih menarik, pengunjung boleh meneroka hutan hujan yang berusia 130 juta tahun itu melalui laluan bersejarah yang dibina sejauh 1.6 kilometer oleh Syarikat British Hindia Timur pada kurun 1800.



Jika bernasib baik, pengunjung juga berpeluang menyaksikan habitat pelbagai spesis burung, reptilia, monyet, serangga, mamalia, rama-rama, tupai dan pelbagai hidupan yang jarang-jarang ditemui termasuk Giant Black Squirrel (Ratufa bicolour)- tupai gergasi.

Dengan kadar bayaran tertentu, pengunjung juga akan diberi taklimat terperinci mengenai hidupan di situ oleh kakitangan The Habitat yang terlatih.



Lebih menarik, The Habitat turut menawarkan pemandangan tertinggi iaitu 360 darjah gambaran sekeliling pada ketinggian 820 meter dari paras laut termasuk puncak Gunung Jerai dan jelapang padi di Kedah.

Sukar untuk dipercayai, tetapi ia benar-benar wujud dan terbaharu, The Habitat bakal memukau pengunjung dengan pembukaan jambatan kanopi terbaharu, 'Langur Way' yang menawarkan dua siri jambatan gantung setinggi 40 meter dari bawah bagi membolehkan pengunjung melihat lebih dekat hidupan liar.



Selain itu, aktiviti lain yang boleh dilakukan di sebelah malam ialah merentas denai hutan atau 'Night Walk' yang mengehadkan kepada 20 orang untuk satu perjalanan.

Justeru, bagi yang ingin mendekatkan diri dengan alam semulajadi dan ketenangan, The Habitat Penang, Pulau Pinang destinasi tepat buat anda.

The Habitat Penang, Pulau Pinang

Artikel Sebelum

Artikel Lain