suria

4 'Factory Outlet' Terbaik Di Hong Kong

Citygate Outlet

PELANCONG dan orang Hong Kong sendiri suka membuat tawar-menawar ketika membeli.

Di mananakah tempat terbaik dan berbaloi untuk berbelanja di bandar ini?

Terdapat banyak 'Factory Outlet' di sini yang menawarkan diskaun dari 20 peratus hingga 80 peratus, bermula dari pakaian sehinggalah aksesori kecil.

Berikut adalah outlet barangan dari kilang terbaik di Hong Kong:

Citygate Outlet

Pusat beli-belah terbesar dan terbaik di Hong Kong ini mempunyai 80 buah unit kedai. Kebanyakan unit di sini adalah kedai pakaian, kasut, dan barang hiasan, termasuk jenama terkenal seperti Armani, Burberry dan Diane Von Furstenburg yang menjual kasut berjenama seperti Levi, Nike, dan Crocs. Pusat beli-belah ini menawarkan diskaun sebanyak 30 hingga 70 peratus ke atas barangan. Terdapat medan selera di dalamnya.

Alamat: Citygate Outlets, Tung Chung

MTR Terdekat: Tung Chung

Horizon Plaza

Horizon Plaza adalah bangunan terbiar di sebuah pulau di Aberdeen. Di dalamnya? Khazanah yang menarik iaitu kedai-kedai perabut dengan harga murah. Di situ juga terdapat kedai berjenama seperti Ralph Lauren, Armani dan GOD, serta gedung serbaneka seperti Lane Crawford. Kebanyakan barang akan dijual dengan diskaun sebanyak 30 hingga 80 peratus. Kedai Prada boleh didapati di Marina Square, yang berada berdekatan Horizon Plaza.

Alamat: 2 Lee Wing Street, Ap Lei Chau

MTR Terdekat: Tiada MTR. Ambil bas nombor 90 dari bandar ke Ap Lei Chau.

Sham Shui Po: Cheung Sha Wan Road

Terdapat banyak kedai barangan kilang di serata Hong Kong. Tempat yang paling terkenal adalah gudang dan emporium yang di sekitar jalan Sham Shui Po. Semua kedai di sini menjual pakaian dan kebanyakannya menjual pakaian wanita. Di sini terdapat banyak pakaian jenama tempatan. Harga-harga pakaian di sini sangat murah. Kebanyakan kedai boleh dijumpai di Cheung Sha Wan Road dari persimpangan jalan Yen Chow.

Alamat: Cheung Sha Wan Road

MTR Terdekat: Sham Shui Po

China Hong Kong City

Salah sebuah pusat beli-belah kecil tetapi terletak di pusat bandar di Canton Road. China Hong Kong City mempunyai 50 kedai yang menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus dan ke atas. Kebanyakan kedai berjenama sederhana, tetapi anda masih boleh menjumpai kedai DKNY bersama Kappa, Esprit dan Levis. Ia bersambung dengan Harbour City, salah sebuah pusat beli-belah terbesar di Hong Kong.

Alamat: 3 Canton Road

MTR Terdekat: Tsim Sha Tsui

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain