suria

Wajib Cuba 10 Makanan Ini Di Korea

Jajangnyeon. -foto Internet

KOREA Selatan bukanlah satu negara asing bagi masyarakat di Malaysia.

Jika berpeluang ke sana, jangan sampai terlepas 10 makan tempatan ini.

Tapi awas! Bagi yang beragama Islam, pastikan anda mendapatkannya dari kedai atau restoran halal.

1- JAPCHAE

Mee 'dangmyeon' yang digoreng bersama minyak bijan, hirisan lobak merah, bawang, cendawan, cili dan daging. Enak dimakan panas-panas.

2- BULGOGI

-foto muinyc.com

Kepingan daging lembu yang dihiris nipis dan diperap bersama bahan perapan sebelum dibakar.

3- KIMBAB

Makanan ringan popular seakan sushi California Roll. Diperbuat daripada nasi yang diletakkan pada kepingan rumpai laut, diisi dengan bahan-bahan lain seperti hirisan timun, lobak jeruk, daging atau tuna panggang dan digulung kemas. Kimbap yang siap digulung akan disapu dengan sedikit minyak bijan dan ditabur dengan bijan panggang sebelum dinikmati.

4- MANDU

Sejenis ladu. Intinya diperbuat daripada daging kisar, bawang, tofu dan kucai. Ia boleh dikukus, goreng atau rebus dan dinikmati bersama sos.

5- JAJANGMYEON

Masakan Cina-Korea yang diperbuat daripada mi yang digaul bersama sos kacang hitam pekat yang dimasak bersama aneka sayuran dan daging dipotong dadu.

6- KIMCHI JJIGAE

-foto wikimedia

Jjigae bermaksud stew. Dihasilkan dari kimchi matang dan bahan-bahan lain seperti tofu, daun bawang, bawang, aneka makanan laut atau daging. Rasanya masam dan pedas, enak dinikmati bersama nasi dan hidangan sampingan lain.

7- HAEMUL PAJEON

-foto wikimedia

Ala-ala telur dadar! Diperbuat daripada adunan telur dan tepung yang dicampur hirisan makanan laut seperti tiram, udang, sotong, kima dan daun bawang yang kemudiannya  digoreng di dalam kuali sehingga garing.

8- TTEOKBOKKI

Snek atau makanan jalanan yang mudah ditemui. Diperbuat daripada kek beras dan kek ikan yang dimasak dalam sos pedas manis.

9- BIBIMBAP

Nasi campur. Nasi panas dihidang dalam mangkuk bersama aneka sayur yang diracik halus, hirisan daging lembu, cili, kicap atau pes kacang soya masin. Terdapat telur goreng atau telur mentah di tengah nasi.

10- SAMGYETANG

-foto wikimedia

Sup ayam ginseng, semestinya baik untuk kesihatan! Sangat unik kerana sup dihasilkan dari seekor ayam kecil yang tidak dipotong dan perutnya diisi bahan-bahan seperti nasi, bawang putih, daun bawang, ginseng dan banyak lagi.

makanan Korea, makan di Korea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain