“Bantu ikut kemampuan” - Safawi sayu ada orang kampungnya hidup susah dalam tempoh PKP

Safawi mengakui turut bersedih dengan nasib keluarga yang tidak mempunyai pendapatan harian berikutan PKP.

BAGI keluarga dari golongan berada, tempoh dua minggu tanpa berbuat pekerjaan rutin harian mungkin tidak ada apa-apa kesan besar dalam kehidupan mereka.

Sebaliknya bagi mereka yang hanya ‘kais pagi, makan pagi’, kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini memberi kesukaran dalam meneruskan kelangsungan hidup harian.

Tidak dinafikan pelbagai pihak, NGO atau individu yang tampil meringankan beban mereka, terutamanya penduduk kampung yang sememangnya sangat terjejas dengan pendapatan harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Berlatih di luar negara bukan 'tiket' mudah buat Kudik di tanah air, “Suatu hari nanti jersi negara akan jadi milik saya”

Melihat situasi sukar ini, Pemain Paling Bernilai (MVP) 2019, Safawi Rasid turut tersentuh dengan kesusahan hidup yang dialami oleh beberapa keluarga di kampungnya di Dungun, Terengganu.

Penyerang Johor Darul Ta’zim  (JDT) berusia 23 tahun mengakui memahami kesukaran dan kepayahan yang dialami sekiranya tidak ada pendapatan berikutan perintah kawalan ini.

Safawi sentiasa mendahulukan keluarganya.

Tempoh rehat panjang

Menurut Safawi, dalam tempoh PKP ini juga, semua aktiviti bola sepak turut digantung. Dan sepanjang tempoh ini dia menghabiskan masa di rumah sahaja.

“Kami akur dan faham dengan wabak Covid-19 yang sedang berlaku di negara kita sekarang.

“Langkah yang diambil ini adalah untuk kebaikan semua orang. Jadi dalam tempoh saya serta pasukan JDT akur dan menurut arahan.

“Kami menghabiskan masa di rumah masing-masing. Walaupun berehat panjang, kami tetap menjalani latihan kecergasan secara individu.

“Amat penting bagi saya untuk mengekalkan tahap kecergasan dan tidak leka dengan cuti panjang ini,” jelasnya ketika dihubungi mStar.

Safawi tetap menjalani latihan ringan di rumahnya sepanjang PKP.

Hati sayu

Jelas Safawi, berikutan PKP ini dia tidak terlepas membaca dan mengikuti perkembangan semasa termasuk kesukaran sesetengah keluarga yang hilang pendapatan harian.

“Saya memahami keadaan susah mereka terutamana yang tinggal di kampung.

“Oleh itu, saya ada juga mengambil inisiatif sendiri membantu keluarga yang susah di kampung saya dengan memberi sumbangan stok makanan seperti beras, gula, minyak dan lain-lain bagi meringankan beban mereka.

“Bantu mengikut kemampuan. Saya harap mereka semua dapat meneruskan hidup dengan baik dalam tempoh ini,” jelas anak kesembilan daripada 13 orang adik beradik ini.

Safawi pemain berstatus bintang negara yang turut menyalurkan bantuan kepada keluarga susah sepanjang PKP ini.

Terus berdoa

Pemain kebangsaan ini juga turut berharap agar penuralan wabak Covid-19 ini dapat dikurangkan dengan semua pihak mematuhi arahan PKP.

“Kita perlu pikul tanggungjawab ini bersama dengan mengikut perintah untuk terus berada di rumah. Bagi saya hanya dengan ini sahaja rantaian wabak ini dapat dikurangkan.

“Saya juga berharap, semua rakan-rakan dalam arena bola sepak agar turut menjaga kesihatan dan terus berada di rumah masing-masing,” jelasnya.

Sebagai rekod, pada 13 Mac lalu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan penangguhan semua aktiviti bola sepak sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Safawi Rasid, Bantuan, PKP, Covid-19

Artikel Berkaitan

Klik

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain