PKP bawa Hariz layan kerenah awam semasa roadblock perangi Covid-19... lupakan seketika aksi di padang

Hariz bangga dapat membantu negara dalam mengekang penularan Covid-19.

RATA-rata pemain bola sepak pasukan sedang berehat panjang bersama keluarga sambil melakukan latihan ringan sendirian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu hingga 14 April ini.

Berbeza pula dengan pemain pertahanan PDRM FA, Muhammad Hariz Irffan yang kini dirasakan tidak cukup waktu untuk berehat susulan bertugas sebagai barisan hadapan sepanjang PKP ini.

Pemain berusia 24 tahun ini tampil menyahut panggilan kerajaan dalam membantu meredakan penularan wabak Covid-19 yang kini telah meragut lebih 40 nyawa di negara.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bantu ikut kemampuan” - Safawi sayu ada orang kampungnya hidup susah dalam tempoh PKP

Dengan semangat dan rasa tanggungjawab serta bangga dengan pakaian seragam PDRM, Hariz ketepikan seketika aksi di padang, dan kini segak beruniform menjalankan tugas di sekitar ibu kota.

Hariz (empat dr kanan) bersama rakan pasukan bertugas.

Pelbagai ragam

Menurut Hariz yang kini ditugaskan di Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ampang Jaya, dia turut melakukan sekatan jalan raya dan rondaan.

Jelasnya pelbagai ragam dan karenah orang awam antara cabaran yang perlu dilalui sepanjang tempoh bertugas ini.

“Cabaran sebenar berdepan kerenah orang awam yang masih lagi degil keluar tanpa hala tuju walaupun arahan kerajaan untuk kekal di rumah sehingga 14 April nanti.

Orang awam masih berdegil keluar tanpa hala tuju.

MUHAMMAD HARIZ IRFFAN

Pemain Bola Sepak PDRM FA/ Anggpta Polis Trafik

“Kalau buat sekatan jalan raya, memang macam-macam alasan yang kami terima dan ada yang tidak masuk akal, tetapi kami harus bertegas dalam melaksanakan tugas kerana ini demi keselamatan semua pihak,” jelas pemain kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini.

Tak cukup rehat

Sama seperti petugas-petugas barisan hadapan lain yang memang seperti tiada istilah melihat jam tangan, Hariz juga mengakui tidak cukup masa dan rehat dalam menyempurnakan rutin hariannya kini.

“Saya sekarang ini rehat pun tidak cukup, kadang-kadang balik rumah sempat makan sekejap, mandi dan terus tertidur sebelum mula kerja semula keesokan harinya.

“Kadang-kadang saya kena bertugas 24 jam, ada masa 12 jam, jadi memang tidak menentu waktu kerja kami di sini,” katanya yang menasihatkan orang ramai supaya patuh arahan PKP bagi mengelak dikenakan tindakan.

Hariz bermain di bahagian pertahanan skuad PDRM FA.

Rindu padang

Susulan PKP ini, Liga Malaysia turut ditangguhkan kepada tarikh baharu yang belum diumumkan lagi.

Susulan itu, semua pasukan tidak dibenarkan menyertai sebarang akvitivi berkaitan dengan bola termasuk menjalani latihan.Penangguhan tersebut turut membuat Hariz rindu untuk beraksi bersama pasukannya.

Pasukan PDRM kini berada di tangga tercorot liga.

“Saya harap semua pihak mendoakan yang terbaik.

“Saya sendiri pun rindu untuk beraksi bersama pasukan di padang,” ujarnya ringkas.

PDRM ketika ini agak bergelut apabila berada di tangga tercorot liga dan masih belum meraih sebarang kemenangan selepas mengalami tiga kekalahan dan satu seri.

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain