Krisis Covid-19 ukir pengalaman berharga buat pemain Melawati FC - “Suasana cukup lain daripada lain... ia penerbangan paling tidak saya lupakan”

Afif (kiri) bersama team yang menerbangkan rakyat Malaysia pulang dari Tehran, Iran.

PEMAIN Melawati FC, Afif Najmi Muhd Izwan menganggap pengalaman membawa pulang seramai 55 penumpang dari Tehran, Iran ke Malaysia pada 21 Mac lalu antara yang paling tidak dapat dilupakan susulan pandemik Covid-19.

Afif yang kini beraksi bersama kelab amatur Liga M3 sejak musim lalu merupakan juruterbang yang baru sahaja selesai bertugas dalam misi khas menerusi pesawat AirAsia membawa pulang rakyat Malaysia ke tanah air dari Iran yang juga merupakan antara negara paling teruk dilanda wabak Covid-19.

Pemain berusia 29 tahun itu menyifatkan misi tersebut antara yang akan diingati sepanjang kariernya bergelar juruterbang kerana memerlukan prosedur yang cukup rapi dan teliti demi kesihatan semua pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP bawa Hariz layan kerenah awam semasa roadblock perangi Covid-19... lupakan seketika aksi di padang

Suasana berbeza

Jelasnya, terdapat tiga zon dalam penerbangan terbabit yang membabitkan krew kabin, pasukan perubatan dan terakhir sekali adalah penumpang yang meliputi seramai 46 dari Malaysia,  Singapura (8) dan seorang dari Indonesia.

Afif (kiri) rakan setugas penerbangan Air Asia.

“Penerbangan ini untuk perjalanan dua hala sekali gus dan ada tiga kapten pesawat serta dua pembantu juruterbang di mana secara keseluruhan seramai 22 orang termasuklah pasukan perubatan.

“Memang penat sangat dan saya boleh rasa suasana yang cukup lain daripada lain kerana prosedur memang cukup teliti selain taklimat yang ada dan kami perlu memakai pakaian yang tertutup demi keselamatan semua orang.

“Dan setiap penumpang perlu melakukan saringan terlebih dahulu seorang demi seorang sebelum dibenarkan masuk untuk pulang sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi saya, ini adalah penerbangan yang paling saya tidak boleh lupakan.

Afif dikuarantin selepas kembali dari Tehran, Iran.

“Apa-apa pun, kami bersyukur semuanya selamat dan tiada seorang pun yang disahkan positif Covid-19 selepas melakukan pemeriksaan,” jelasnya.

Tak cukup masa

Bekas pemain futsal negara itu sudah selesai menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari sebelum kembali bertugas.

Afif kini hanya sempat berlatih sebanyak dua kali sahaja bersama pasukan yang kini dibimbing oleh Mat Zan Mat Aris kerana kesibukan tugas apatah lagi ketika negara sedang berdepan dengan wabak Covid-19.

Namun, dia akan mencuba untuk membahagikan masa sebaik sahaja saingan kembali bersambung selepas ditangguhkan ke tarikh baharu bergantung kepada situasi yang sedang melanda ini.

Afif (kiri) bertugas sebagai juruterbang bersama AirAsia.

“Memang awal-awal ni saya sibuk dengan kerja dan musim lepas saya minta cuti juga untuk beraksi dalam perlawanan bersama pasukan.

“Tetapi saya risau selepas wabak Covid-19 ini pulih, penerbangan akan menjadi lebih banyak dan saya kena bersedia, bergantung kepada jadual kerja nanti.

“Jadi, saya kena pandai bahagikan masa dan saya akan cuba yang terbaik membantu pasukan pada musim ini di mana saya tetap lakukan latihan ringan di rumah bagi menjaga stamina,” katanya. 

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain