suria

Imej Pokémon Scarlet dan Violet bocor! Peminat tak sabar tunggu 18 November, siap buat ilustrasi sendiri

Pokémon sememangnya mempunyai peminat tersendiri.

BUKAN sahaja siri animasi, apa sahaja permainan berkaitan Pokémon pasti menjadi kegilaan ramai.

Dek kerana itu, dengan alasan untuk meraikan dalam permainan video Pokémon Scarlet dan Violet yang akan dilancarkan pada 18 November ini, imej Pokémon baharu dibocorkan peminat tegarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pokémon Scarlet dan Violet temui peminat 18 November depan

Pun begitu, tindakan pantas The Pokémon Company dan Ninetendo berjaya menyahkeluarkan kandungan yang disebarkan dalam laman sosial menerusi pemilikan hak cipta.

Imej watak yang dibocorkan itu juga mengundang beberapa peminat menjadi lebih kreatif apabila cuba 'meramalkan' rupa sebenar berdasarkan imej baharu Pokémon yang bocor.

Antara watak yang digambarkan peminat tegar Pokémon.

Antara watak yang digambarkan peminat tegar Pokémon.

Sesetengah artis juga cuba memberi bayangan watak baharu itu bagi menghangatkan lagi countdown sebelum diterbitkan.

Ada yang menghasilkannya secara gabungan beberapa watak yang tersedia, tidak kurang juga menghasilkan gambaran baharu berdasarkan informasi awal yang diberikan The Pokémon Company.

Sebelum ini, The Pokémon Company berkongsi nama Pokémon Scarlet dan wilayah baharu Violet: Paldea.

Ia digambarkan oleh The Pokémon Company sebagai 'tanah luas dengan tasik, puncak yang menjulang tinggi, tanah terbiar dan banjaran gunung'.

Wilayah ini berpusat di sekitar bandar besar bernama Mesagoza, yang mana pemain akan menghadiri salah satu daripada dua sekolah: Akademi Naranja atau Akademi Uva, bergantung sama ada mereka bermain Scarlet atau Violet. - Polygon

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain