suria

Guna ‘prepaid’ pun boleh main Overwatch 2! Akses lebih mudah, pemain siri asal juga boleh cuba

Overwatch 2 antara permainan video digemari remaja.

SIRI permainan video Overwatch 2 yang diterbitkan Blizzard Entertainment tahun ini merupakan sekuel Overwatch 2016.

Ia antara kegilaan gamer ekstrem kerana berunsurkan pertarungan menembak.

ARTIKEL BERKAITAN: Imej Pokémon Scarlet dan Violet bocor! Peminat tak sabar tunggu 18 November, siap buat ilustrasi sendiri

Namun disebabkan 'SMS Protect Overwatch 2' yang bertujuan untuk mengekang tingkah laku pemain yang toksik dan mengganggu, para peminatnya berhadapan dengan sedikit kesukaran untuk mengakses dan bermain.

Antara watak dalam Overwatch 2.

Antara watak dalam Overwatch 2.

Ia kerana SMS Protect tidak berfungsi di pelan prabayar telefon pintar sehingga menyebabkan ramai pemain mendapati diri mereka 'terkunci' daripada permainan baharu itu, seminggu sebelum pelancarannya.

Lebih memburukkan keadaan, Overwatch 2 menggantikan siri permainan 2016 asal, yang mana pelayarannya ditutup pada 3 Oktober.

Ia bermakna peminat lama tidak mempunyai akses kepada permainan atau perkembangan mereka.

Ekoran itu, Blizzard Entertainment melumpuhkan perisian tersebut pada 5 Oktober.

Ia juga susulan pelbagai masalah ketersambungan yang timbul daripada pelancaran permainan yang dinanti-nantikan sehari sebelum pelancarannya.

Permainan lebih lancar tanpa 'SMS Protect'.

Walaubagaimanapun, mereka kemudiannya memperkenalkan keperluan nombor telefon sebagai cara untuk mengehadkan penciptaan akaun percuma dan menyekat 'pemain' jahat.

Bagi mengatasi beberapa masalah yang timbul, Blizzard kemudian mengambil semula keperluan SMS Protect untuk akaun Battle.net sedia ada, sambil membiarkannya untuk akaun baharu atau akaun yang tidak pernah disambungkan kepada permainan melalui Battle.net.

SMS Protect ialah satu alat dalam pendekatan lebih luas yang dipanggil oleh pembangun Blizzard sebagai 'Defense Matrix'.

Ia bertujuan untuk membantu melindungi integriti permainan dan menggalakkan tingkah laku positif dalam Overwatch 2.

Permainan ini kini tersedia untuk Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Windows PC, Xbox One dan Xbox Series X. - Polygon

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain