suria

Dua pelajar UiTM berentap di Grand Final Universiti e-League 11 Disember depan

Grand Final UEL akan berlangsung pada 11 Disember nanti.

SUSULAN pelancaran musim ketiga Universiti e-League (UEL), dua siswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) daripada 50 pelajar universiti berjaya mara ke peringkat akhir (Grand Final) yang dijadualkan 11 Disember nanti.

Zarif Ilman Norjafree dari Void Gaming Lab yang merupakan salah seorang finalis permainan FIFA 22’ mewakili UiTM Pahang mengakui dia tidak menyangka dapat melangkah jauh dalam pertandingan UEL.

ARTIKEL BERKAITAN: Mobile gaming makin mudah dengan alat kawalan... Xbox lancar controller untuk peranti mudah alih

"Saya bersyukur kerana mempunyai peluang untuk mempamerkan kebolehan saya dalam e-sukan. Saya pasti akan membanggakan nama UiTM dan berharap mendapat sokongan daripada rakan-rakan pelajar yang lain," katanya.

Terdahulu, berikutan pelancaran musim ketiga baru-baru ini, UEL membuka pertandingan dengan permainan yang pertama daripada empat siri permainan iaitu FIFA 22’.

Pusingan ini menyaksikan 50 pelajar mewakili universiti mereka untuk bersaing dalam pusingan kelayakan dan playoff bagi memperoleh tempat teratas di pusingan terakhir Grand Final yang akan diadakan bulan depan.

Poster

Untuk minggu seterusnya, UEL akan membawa lebih banyak keseronokan dan hiburan dengan penyaksian lebih 200 pasukan universiti yang akan berentap dalam permainan seperti VALORANT, Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile.

Pertandingan UEL FIFA 22’ Playoff yang berlangsung hujung minggu lalu menyaksikan penyertaan daripada pasukan-pasukan universiti termasuk Universiti Multimedia (MMU), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Swinburne dan UiTM antara yang lain.

Lebih 200 pasukan e-sukan universiti mendaftar untuk menyertai kejohanan dan banyak lagi aksi e-sukan yang dijangka akan muncul antara pasukan-pasukan ini.

Pertandingan Playoff UEL akan disiarkan secara langsung pada setiap hari Sabtu dan Ahad berturut-turut mulai sekarang hingga 20 November, manakala pusingan Grand Final akan berlangsung pada 10 dan 11 Disember melalui halaman Facebook UEL.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain