suria

Mobile gaming makin mudah dengan alat kawalan... Xbox lancar controller untuk peranti mudah alih

Xbox menjanjikan pengalaman permainan video yang menarik.

KAKI gamer yang ingin merasai pengalaman permainan video lebih baik boleh mendapatkan Xbox Cloud Gaming.

Alat kawalan (controller) baharu itu dikeluarkan xbox dengan kerjasama Designed for Xbox, khusus untuk peranti Android, iOS dan iPad.

ARTIKEL BERKAITAN: FIFA 23 lebih lancar, mutu pemain dipertingkat... rasai perbezaan menakjubkan

Setiap fungsi yang diumumkan dicipta dengan keupayaan dan lampiran perkakasan berteknologi tinggi yang berbeza, pastinya memenuhi keperluan setiap pemain.

Bermula dengan Razer Kishi yang memenangi anugerah untuk Android sepanjang tiga tahun yang lalu, pembangun mengeluarkan beberapa aksesori bagi menambah pengalaman permainan mudah alih serta mengembangkannya untuk kegunaan pelbagai jenis peranti seterusnya memanfaatkan Xbox Cloud Gaming dengan lebih baik.

Bagi Gamevice Flex, alat kawalan ini sesuai untuk pengguna Android dan iOS yang mana pemain tidak perlu lagi menggunakan sarung telefon mereka.

Jenis alat kawalan yang sesuai untuk peranti mudah alih android, iOS mahupun iPad.

Jenis alat kawalan yang sesuai untuk peranti mudah alih Android, iOS mahupun iPad.

Alat kawalan seterusnya ialah Turtle Beach Recon Cloud Hybrid, yang direka untuk kedua-dua permainan mudah alih dan konsol malah ia dilengkapi dengan klip telefon boleh laras dan suis yang beralih daripada permainan mudah alih kepada permainan konsol berwayar.

Pemain Xbox yang ingin membawa pengalaman permainan di iPad boleh berbuat demikian dengan Pengawal Permainan Awan RiotPOR, edisi Xbox ini menyokong permainan pada iPad generasi ke-7 atau lebih baharu.

Controller boleh dipasang melalui sambungan Lightning dan menampilkan pelbagai jenis kawalan lancar, seperti ketepatan D-pad dan batang ibu jari bersaiz penuh.

Akhir sekali, GameSir X2 Pro Mobile Gaming ialah pengawal baharu untuk peranti Android yang boleh disesuaikan dengan penambahan dua lagi butang pemetaan, malah alat kawalan butang utamanya boleh ditukar ganti.

Perlu juga dinyatakan bahawa permainan mudah alih Xbox memerlukan Xbox Cloud Gaming dan Xbox Game Pass Ultimate.

Ia membolehkan pemain bermain pada peranti yang sudah dimiliki di mana-mana sahaja. - Gamerant

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain