suria

Lambakan permainan video sepanjang 2022, banyak genre mengagumkan... Tapi Elden Ring tetap juara!

Tahun 2022 menyaksikan pertambahan permainan video yang mengagumkan.

TAHUN 2022 menyaksikan sejumlah besar permainan video yang sepatutnya dilancarkan lebih awal akhirnya menemui peminat pada tahun ini.

Terdapat banyak keluaran permainan baharu yang mendapat ulasan positif sama ada daripada peminat genre itu sendiri mahupun pengkritik.

Ia sekali gus membuktikan setiap permainan video yang dilancarkan pada tahun ini mempunyai sesuatu yang segar serta menarik.

Untuk segmen e-sport kali ini, mStar menyenaraikan beberapa siri permainan video yang menjadi trending sepanjang tahun.

Pastikan akaun Steam anda penuh dengan permainan baharu ya!

Elden Ring diangkat sebagai permainan video terbaik sepanjang tahun 2022.

1. Elden Ring

Seperti biasa, Elden Ring akan mengungguli carta nombor satu dalam top 5 dan ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan terutama dalam kalangan pemain industri.

Permainan video ini memperoleh pujian sejak ia mula-mula dilancarkan awal tahun ini dan mendapat penilaian tertinggi berdasarkan kaji selidik yang dibuat setakat ini, berikutan ia berjaya menukar formula Dark Souls kepada persekitaran dunia terbuka.

Kebebasan meneroka mendorong pemain untuk mendedahkan rahsia yang tersebar di sekitar Lands Betweeni, selain sistem pertempurannya terasa berbeza secara material dengan setiap binaan watak tunggal.

Dunia terbuka yang dibangun menjadikan genre 'Soulslike' lebih mudah diakses oleh pendatang baru pada masa sama dikawal AI, sambil membenarkan fleksibiliti untuk menjelajah ke tempat lain jika mana-mana kawasan tertentu terlalu mencabar.

Elden Ring merupakan permainan yang menakjubkan untuk dilihat, hebat untuk dimainkan dan skop yang menyeluruh sehingga telah menjadi fenomena dalam industri permainan video.

Freshly frosted

2. Freshly Frosted

Permainan puzzle Freshly Frosted, di mana pemain ditugaskan untuk membina conveyor belts dan donat beku, turut mengagumkan.

Merupakan sebahagian permainan video indie yang berjaya meningkat sepanjang tahun ini, Freshly Frosted menyediakan pelbagai cara untuk para pemain membina kilang.

Jadi adalah penting untuk mengetahui beberapa tip jika pertama kali mencuba permainan ini.

Pun begitu, pembangun permainan ini telah menambahkan ciri 'tunjukkan petunjuk' pada menu untuk membantu sesiapa sahaja yang bergelut untuk memikirkan cara memulakan conveyor belts sekali gus mengurangkan tekanan emosi ketika bermain.

NORCO

3. NORCO

Permainan pengembaraan naratif titik dan klik juga mendapat rating tertinggi.

Dibina seolah-olah berkonsepkan detektif, pemain perlu berusaha mencari 'abang' yang telah hilang selepas kematian ibu mereka.

Rata-rata pemain juga menyifatkan NORCO sebagai permainan terbaik yang pernah diuji kerana naratif yang digambarkan pembangun.

Neon White

4. Neon White

Tidak kurang seperti NORCO, permainan video ini turut membangunkan konsep penembak pertama yang unik di mana pemain perlu menggunakan kad untuk melakukan tindakan khas.

Meskipun baharu dilancarkan pada 16 Jun lalu, Neon White berjaya menarik minat pemain pelbagai genre kerana ia direka untuk memberi fokus kepada permainan gaya larian pantas.

Permainan ini menggunakan kad permainan yang mewakili senjata yang boleh dibuang untuk melakukan gerakan khas seperti lompat dua kali. Terdiri daripada beberapa misi dalam setiap peringkat, pemain mesti mengalahkan semua musuh yang hadir dan mencapai matlamat.

Lebih mengujakan apabila pembangun turut membolehkan pemain membuka kunci keupayaan untuk melihat laluan alternatif dan item tersembunyi dalam setiap tahap.

not for broadcast

5. Not for Broadcast

Not For Broadcast ialah simulator propaganda gerakan penuh yang dibangunkan oleh studio permainan video British NotGames dan diterbitkan oleh tinyBuild.

Permainan ini dikeluarkan dengan episod pertamanya dalam akses awal pada 30 Januari 2020.

Permainan penuhnya, termasuk episod ketiga dan terakhir, telah dikeluarkan di seluruh dunia pada 25 Januari 2022.

Secara kesimpulannya terdapat banyak permainan video baharu dilancarkan pada tahun 2022 yang mendapat pujian tinggi daripada pengkritik.

Jadi bagi peminat permainan video jangan lupa untuk mencuba kesemua saranan di atas!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain