suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rasa tak sihat ketika perlumbaan, Marquez muntah dalam topi keledar sebelum kemalangan

Marquez muntah sebelum terlibat kemalangan pada Sabtu. -Getty Images

BINTANG MotoGP Alex Marquez muntah dalam topi keledar yang dipakainya sebelum terbabas ketika perlumbaan Grand Prix Amerika.

Pelumba Sepanyol itu turun ke trek pada petang Sabtu dengan penuh bertenaga berikutan penamat podium sebelum ini di Argentina.

Namun harapannya untuk mengulangi prestasi itu terkubur apabila dia muntah secara tiba-tiba sebelum terlibat dalam kemalangan.

"Saya berasa baik dari segi prestasi dalam perlumbaan.

“Malangnya, saya tidak berasa sihat secara fizikal malah saya muntah semasa brek di selekoh 12 dan terbabas," ujarnya.

Marquez yang tidak mengalami sebarang kecederaan muntah sekali lagi ketika dia kembali ke garaj. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain