suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Messi laku keras! Chelsea dan Newcastle United juga berminat nak ‘sambar’

Kontrak Messi dengan PSG bakal tamat pada Jun.

PENYERANG Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi telah mendapat tawaran daripada dua kelab terkemuka Eropah dalam beberapa jam yang lalu.

Sebelum ini, Barcelona dan Al-Hilal adalah dua kelab yang mendahului perlumbaan untuk menandatangani Messi secara percuma.

Dikhabarkan juga, Messi turut diintai Inter Miami kebelakangan ini.

Bagaimanapun, menurut wartawan Pablo Gravellone, Messi kini telah menerima dua tawaran iaitu daripada Chelsea dan Newcastle United.

Kedua-dua kelab Liga Perdana berkenaan sedang memantau situasi bintang Argentina itu.

Perpindahan ke Liga Perdana juga mungkin menjadi antara pilihan yang dipertimbangkan pemenang tujuh kali Ballon d'Or itu. -Dailypost

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain