suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bertahun menabur bakti, Benzema ucap selamat tinggal kepada Real Madrid

Karim Benzema bakal meninggalkan Real Madrid.

PENYERANG sensasi Real Madrid, Karim Benzema bersetuju dengan perjanjian untuk menamatkan era kegemilangannya di kelab berkenaan, umum Los Blancos semalam.

Penyerang berusia 35 tahun itu minggu ini dikaitkan dengan perpindahan lumayan ke Arab Saudi.

"Pemain Real Madrid dan kapten kami, Karim Benzema sudah bersetuju untuk menamatkan era gemilang yang tidak boleh dilupakan sebagai pemain di kelab kami.

"Madrid mahu menunjukkan penghormatan dan rasa sayang terhadap seseorang yang pernah menjadi legenda terhebat kami." kata Real Madrid dalam satu kenyataan.

Pengumuman itu hadir selepas jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti berkata kelmarin tiada sangsi lagi mengenai masa depan Benzema di Madrid, dengan penyerang itu ada kontrak berbaki setahun di sana.

Benzema sendiri pada mulanya menidakkan khabar angin tersebut selepas laporan muncul minggu ini mengatakan kemungkinan dia akan berhijrah ke Arab Saudi. - The Guardian

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain