suria

Ronaldo muncul di Taman Botani Singapura, peminat kerumun buggy mahu bergambar

Ronaldo melemparkan senyuman kepada peminat di Taman Botani Singapura. -Gambar CNA

BINTANG bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo diserbu para peminat yang enggan melepaskan peluang melihatnya dengan lebih dekat, ketika berkunjung ke Taman Botani Singapura, petang Jumaat (2 Jun).

Ronaldo yang menaiki buggy dikelilingi peminat untuk bergambar dan dia tidak lokek melemparkan senyuman.

Peminat yang bertuah turut berjaya mendapatkan tandatangan bintang Al Nassr itu pada baju mereka.

Difahamkan, pemenang Ballon d'Or lima kali itu berada di Singapura untuk menyokong siri biasiswa belia yang ditubuhkan oleh rakan lamanya, Peter Lim.

Para penerima biasiswa turut berpeluang mengambil gambar bersama bintang tersebut yang berada di Taman Botani sekitar 20 minit.

Ini merupakan lawatan keempat Ronaldo ke Singapura dalam tempoh 10 tahun lalu dan kunjungan kali pertamanya sejak wabak Covid-19. -CNA

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain