suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas Messi, Ramos juga ucap selamat tinggal kepada PSG

Ramos mengikut jejak langkah Messi meninggalkan PSG. -Gambar Getty Images

PARIS Saint-Germain (PSG) mengumumkan pemain pertahanan veteran Sepanyol, Sergio Ramos akan mengikut jejak Lionel Messi meninggalkan kelab itu pada akhir musim ini.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Sergio Ramos di atas tempoh dua tahun bersama kami," kata presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi dalam satu kenyataan.

"Kepimpinan, semangat berpasukan dan sikap profesional Sergio, digabungkan dengan pengalaman beliau di peringkat tertinggi, menjadikannya seorang legenda bola sepak. Ia adalah satu penghargaan dapat bersamanya di Paris.

"Semua orang di kelab mengucapkan selamat maju jaya kepadanya," tambah Al-Khelaifi.

Pengumuman itu dibuat kurang 24 jam sebelum perlawanan terakhir PSG dalam Ligue 1 musim ini menentang Clermont di laman sendiri.

Ramos mengikut jejak Messi yang akan meninggalkan Parc des Princes dengan laporan mengatakan bintang Brazil, Neymar juga akan menyusul. -ESPN

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain