suria

Lionel Messi 'terima' lamaran Al-Hilal, pendapatan dua kali ganda Cristiano Ronaldo

Messi dikatakan akan mengikut jejak Cristiano Ronaldo ke Timur Tengah.

DESAS desus penghijrahan Lionel Messi ke kelab Al-Hilal berada di kemuncak akhir selepas dia digantung sebentar oleh Paris Saint-Germain (PSG) kerana melakukan perjalanan tanpa kebenaran ke Saudi.

Malah dia dikatakan bersetuju berpindah ke Timur Tengah sebaik kontraknya tamat pada penghujung musim ini meskipun perkara tersebut pernah dinafikan sepenuhnya oleh bapa dan ejen pemain Argentina itu, Jorge.

Lebih mengejutkan apabila akhbar Perancis mendakwa kem pemain berusia 35 tahun itu menerima perjanjian yang akan menyaksikan dia memperoleh jumlah hampir £1 bilion (RM5702 juta) dalam tempoh dua tahun.

Ia sekali gus menjadi lebih dua kali ganda daripada jumlah pendapatan bekas pesaing Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang menyertai Al-Nassr.

Difahamkan, bekas rakan sepasukan Barcelona berusia 35 tahun dan rakan rapat Sergio Busquets dan Jordi Alba juga akan meninggalkan kelab Catalan itu pada penghujung musim. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

@mstarmalaysia

Dapatkan bantuan Sazzy Falak mempromosikan perniagaan anda menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI)! Tonton video penuh dan klik untuk mendaftar sekarang di rhbjomsapot.my

♬ original sound - mStar Official

Artikel Lain