suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penjaga gol PSG kritikal selepas kemalangan menunggang kuda

Penjaga gol Paris Saint-Germain (PSG) dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan.

KECEDERAAN adalah apa yang paling digeruni setiap pemain bola sepak profesional.

Begitulah kisahnya untuk penjaga gol simpanan Paris Saint-Germain (PSG), Sergio Rico yang mengalami kecederaan serius selepas terbabit dengan kemalangan ketika menunggang kuda.

Pemain berusia 29 tahun itu berada di bangku simpanan ketika PSG menjulang trofi Ligue 1 selepas terikat 1-1 dengan Strasbourg sebelum dia ke Sepanyol yang menyaksikan kemalangan berlaku di El Rocio.

"Dia berada dalam keadaan yang serius," kata jurucakap PSG

Rico diterbangkan dengan helikopter ke Hospital Seville's Virgen del Rocio dengan dia diberikan bantuan pernafasan, kata pihak hospital. - Eurosport

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain