suria

Pogba teruja sambut kelahiran anak ketiga, kongsi foto bersama isteri model cantik

Pogba dan isteri menyambut kelahiran cahaya mata ketiga. foto instagram PaulPogba

PAUL Pogba berkongsi kegembiraan menyambut kelahiran cahaya mata ketiga.

Menurut pemain tengah Juventus itu, dia sangat gembira bergelar bapa kepada tiga anak.

Perkongsian berita gembira itu dibuat menerusi laman Instagramnya pada Rabu dengan memuat naik beberapa gambar bersama isterinya, Zulay yang juga seorang model.

Selain itu, Pogba turut berkongsi foto dirinya di FaceTime bersama isterinya dan anak lelakinya yang baru lahir, ketika dalam perjalanan ke hospital.

Bekas pemain Manchester United itu turut memuat naik tiga gambar dirinya di tepi katil Zulay, bagi menyambut kelahiran anak lelakinya.

"Alhamdulillah. Ahli baharu Pogba telah tiba. Sangat bangga permaisuriku. Saya sangat gembira," kata Pogba di Instagram berserta hasgtag #Daddyofthree. - Daily Mail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain