suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Martinez sanggup kurangkan gaji sendiri demi bawa Messi ke Aston Villa

Martinez sanggup kurangkan gaji sendiri demi Messi. Foto: Getty Images

PENJAGA gol Aston Villa, Emi Martinez membuat tawaran mengejutkan demi mengumpan Lionel Messi menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Martinez memberitahu ESPN, dia sedia mengurangkan gajinya supaya dapat membawa Messi menyertai Aston Villa.

"Jika Leo (Messi) mahu, saya akan membawanya masuk ke Aston Villa. Saya akan buat daging panggang pada setiap minggu dan saya sanggup potong gaji saya demi Messi jika perlu," ujarnya.

Martinez dan Messi memenangi Piala Dunia bersama Argentina di Qatar pada hujung tahun lalu.

Messi dijangka meninggalkan Paris Saint Germain (PSG) pada hujung musim ini selepas dua tahun bersama gergasi Ligue 1 itu.

Dia juga dilaporkan menerima tawaran lumayan bernilai RM1.9 billion setahun daripada pasukan Arab Saudi, Al Hilal. - Goal.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain