suria

Bekas juara tinju meninggal dunia ketika aktiviti snorkeling

Cameron Shaw meninggal dunia ketika melakukan aktiviti snorkeling.

SEORANG bekas juara tinju berusia 25 tahun dari United Kingdom (UK) meninggal dunia secara tragis ketika melakukan aktiviti snorkeling di Great Barrier Reef, Australia.

Cameron Shaw, meninggal dunia pada Isnin ketika melakukan aktiviti itu semasa bercuti bersama teman wanita dan dua rakannya.

Polis Queensland berkata: "Siasatan sedang dijalankan terhadap keadaan sekitar di mana insiden itu berlaku. Bagaimanapun, ia dipercayai tidak mempunyai unsur mencurigakan.

"Polis Queensland akan menyediakan laporan untuk koroner selepas mayat seorang lelaki ditemui di terumbu di Cairns kira-kira tengah hari Isnin."

Shaw merangkul gelaran juara Persatuan Tinju Amatur bagi kategori 60 kilogram, pada 2018.

Dia juga merupakan pemenang pingat emas di Hivdovre Box Cup di Denmark tahun sebelumnya.

Kerjayanya sebagai peninju profesional mulai perlahan sejak bermulanya pandemik Covid-19 pada 2020. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain